Tuesday, January 31, 2017

Set NutriWhite Shaklee Untuk Kulit Putih Berseri

Nak putih, nak putih, barulah cantik!

Ramai yang bertanya tentang macam mana nak dapatkan kulit muka yang putih berseri dengan cara yang agak jimat tapi berbaloi. Memang tidak dinafikan ramai wanita obses nak dapatkan wajah putih berseri. Ada yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit demi mendapatkan kulit putih berseri. Malah ada juga yang sanggup menahan kesakitan seperti membuat pembedahan plastik surgery dan cucuk botox di wajah mereka semata-mata nak kelihatan putih. Tak sakitkah? Uiisshh, ngerinya Nauzubillah. 

Mudahje untuk dapatkan wajah putih berseri. Tak perlu pun berbelanja ribuan ringgit. Tak perlu cucuk sana cucuk sini. Sebenarnya ramai tak tahu bahawa Shaklee juga ada produk penjagaan luaran kulit setaraf SK2 dan Este Lauder. Jangan berlengah lagi, jom saya perkenalkan Set Nutriwhite Shaklee untuk kulit putih berseri.

Nutriwhite Gentle Deep Foaming Clenser (150ml) 

  • Pencuci muka yang membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Ekstrak Rumpai laut membantu menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati sekaligus menegangkan kulit. 
  • Alga hijau melembapkan kulit dan menyingkirkan toksin 
  • Strawberi Begonia baik untuk mengimbangi pigmentasi dan mencerahkan kulit Menyegarkan dan lembut pada kulit. 

NutriWhite Daytime Whitening Lotion (50ml) 


  • Bertidak seperti sunblock atau moisturizer
  • Kaya dengan pati Melburi mencegah kerosakan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari. 
  • Mountain Arnica berkuasa menghilangkan radang terhadap kulit dan melembapkan kulit dari segenap sudut. 
  • Membantu membina daya ketahanan kulit dari kerosakan akibat persekitaran

NutriWhite Daily Defence Whitening Essence (30ml) 


  • Kulit menjadi tegang dan segar dengan ekstrak Bearberry 
  • Strawberry Begoniaberfungsi mengimbangi pigmen kulit. 
  • Kacang soya pula bertindak mengurangkan tompok-tompok hitam dan melembutkan kulit. Ekstrak Mulberi pula mencegah kulit daripada rosak akibat terdedah kepada cahaya matahari. 
  • Vitamin C yang aktif ditambah untuk membaiki kulit dan mengembalikan seri wajah Strukturnya yang mudah diserap oleh kulit menjadikan kulit semakin lembut.

NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream (50g)

  • Memperbaharui sel dan mengambalikan keremajaan kulit semasa tidur
  • Ekstrak Linden melembapkan dan menyihatkan kulit secara mendalam.
  • Scullcap bertindak menghilangkan radang dan mencerahkan kulit. 
  • Vitamin C aktif mengembalikan seri wajah dengan mengurangkan tompok-tompok hitam. Bangun pagi, kulit akan terasa gebu, halus, cerah dan berseri. 

NutriWhite Spot Whitening Treatment (10ml) 

  • Membaiki kesan-kesan jeragat dengan cepat. 
  • Kuasa Pencerahan dari ekstrak Peony dan Likoris berkesan mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit. 
  • Vitamin C aktif menjadikan kulit lebih halus dan cerah sekata. 

Apa kata mereka setelah mengamalkan NutriWhite Shaklee ini?





Wah! Seronoknya bila melihat ramai yang gembira setelah mengamalkan Set NutriWhite kulit putih berseri ini.  Puas hati dengan testimoni di atas? Uols pun boleh dapat kulit wajah putih berseri, flawless dan glowing-glowing macam tu dengan syarat amalkan set ini dengan konsisten. Barulah dapat "Nak putih, nak putih, barulah cantik."

PERHATIAN

Set Nutriwhite Shaklee ini tidak sesuai diamalkan untuk mereka yang mengalami masalah jerawat yang kronik, dan resdung yang teruk. Kepada yang menghadapi masalah ini, mereka patut merawat kulit dari dalaman rerlebih dahulu dengan:


Sebenarnya tak salah untuk kita taksub kepada kecantikan diri. Tiada siapa melarang kita untuk berbelanja 'reward' diri setiap bulan asalkan kita berkemampuan. Tapi awas! Yang penting kita kena pastikan produk itu selamat digunakan, semulajadi dan tidak menggunakan bahan terlarang yang boleh  memudaratkan pengguna. Pendek kata terpulanglah kepada kita untuk membuat pilihan yang bijak. Saya pilih Set NutriWhite ini kerana ia selamat, bermutu tinggi dan berbaloi-baloi dengan harganya.

No comments:

Post a Comment