Monday, May 25, 2015

Awas! Nutriferon shaklee bahaya ?

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Betul ke Nutriferon Shaklee bahaya?
Apa yang ada dalam nutrifeorn Shaklee ni yang membuatkan ianya bahaya?
 Kenapa isu ni baru timbul?
NutriFeron
Rileks..rileks…sebenarnya bahaya kalau anda tidak mengambil nutriferon shaklee kerana persekitaran kita ni terdedah kepada bakteria-bakteria yang populasinya lebih banyak dari manusia..
Sekarang ni pula kita ditakutkan dengan virus ebola yang boleh merebak melalui cecair…Nauzubillah tak mau kena kat anak2..Kontroversi kata ada seorang budak pegi ke midvalley terus kena ebola tu walaupun diragui tak bermakna kita perlu berasa selesa dan lega sahaja.
Kita yang dah dewasa ni mungkin imun sistem berkali2 ganda lebih kuat dari anak, tapi cuba lihat anak-anak kita yang kapasiti nya lebih kecil dari kita, sudah tentu imun sistem hanya sebesar zarah…
Perana kita ibu bapa bukan sahaja untuk melindungi keselamatan mereka, tetapi juga kesihatan mereka. Saya pasti ibu bapa yang ada anak kecil mesti punah hati kalau tengok anak-anak demam.. Tu baru demam tu…
Jom hadiahkan anak kita dan diri kita sendiri sekotak nutriferon sebagai pelindung kita..sebagaimana Dettol berfungsi untuk melindungi dari luar, macam tulah juga fungsi Nutriferon ni. Tapi jauh lebih baik, ia bukan saja lindungi dari luar, tapi juga dalaman.

PERLU DIINGATKAN! NUTRIFERON SHAKLEE sahaja yang mampu membina imun sistem dalam masa sesingkat 3 HARI…!!!

Kalau antibiotik nampak macam bunuh kuman dan virus kan, tapi ia sebenarnya membunuh imun sistem manusia sekali…sebab tu saya sekarang ni kalau anak sakit, ,meman gseboleh-boleh SAY NO to antibiotik…mula2 memang susah sebab selama ni terlalu bergantung pada antibiotik
TAPI SEKARANG tidak lagi….alhamdulillah…baru2 ni anak demam, lepas tu hari pertama saya bagi NUTRIFERON…saya nak tengok betul tak ia bina sistem dalam masa 3 hari..to my suprise…..betullah..hari ke 3 anak terus baik macam tu je, padahala dia punya selsema n batuk sampai bernafas dengar suara masa tidur, sampai kitorg pegi ke 3 hospital (umra pediatrician, klinik pediatrician Cheng dan Emergency sunway medical center).
Last hospital bagi antibiotik, tapi saya kata kat husband tunggu dulu, alih2 tgk hari ke 3 ngam2 demam baik sendiri selsema and batuk pun dh kering…cuma suara je jadi macam ELLA sikit..padahal temp masa hari ke dua tu konsisten 38.5 ke atas, sampai mencecah 40.
Terus saya teringat hari 1 ada saya bagi nutriferon…alhamdulillah..ianya betul2 berkesan..sepatutnya saya bagi konsisten 2 hari sekali, tapi ibu yang malas ni, selalu malas nak bagi..huhu

Jom tengok apa yang hebatnya sangat Nutriferon ni sampai boleh bertindak bina imun sistem sesingkat 3 hari:

1. Kandungan interferon nya mampu membina imun sistem. Ini satu2 nya imun booster yang terdapat di US yang dijumpai sendiri oleh pakar Imunisasi mereka.
2. Nutriferon ni dah wujud sejak 40 tahun yang lepas, ditemui pada 1954 lagi di US dan ia boleh bertindak merembaskan penghasilan interferon semulajadi dalam badan
3. Nutriferon memngandungi MACH iaitu ekstrak tumbuhan yang telah dipatentkan menggunakan campuran labu, afflower, benih Asian Plantain dan ekstrak honeysuckle dari Jepun .
4. Empat ujian klinikal telah dijalankan ke atas manusia sendiri ye, bukan haiwan ye…dan memangterbukti keberkesanannya
5. Kesucian, keselamatan ,ptensi dan prestasinya sentiasa dijaga dari semasa ke semasa. Mengenai halal, ia sangatlah halal disahkan sendiri oleh Islamic Service America. Ini bukti sijil halal yang dibaharukan setiap tahun
Sijil-Halal-Shaklee-2014

Apa lagi kelebihan Nutriferon? Takkan bina imun sistem je?

Ok meh saya citer, bukan imun sistem je tau, ia juga mampu membantu:
  1. Melawan kanser dan tumor
  2. Melindungi dari influenza
  3. Meringankan stress dan kelesuan
  4. Melambatkan penuaan
  5. Mengurangkan infekxi pesakit hepatitis A & B
  6. Memperbaiki masalah berkaitan menopaus
  7. Merawat tonsil
  8. Merawat ekzema
  9. Merawt resdung
  10. Merawat pesakit asma
Tak mo citer panjang2 lagi lah…sila rujuk testimoni nutriferon yang saya sediakan di sini..Betapa gumbiranya ibu2 yang beri anak mereka nutriferon ni

CARA MAKAN NUTRIFERON:

Dalamnya ada 30 sachet. Untuk anak bawah setahun bagi 1/3 sehari atau selang sehari, masuk dalam air boleh, bagi mcm tu pun bolejh
Anak atas setahun dah boleh bagi satu sachet 2 kali sehari
Dewasa boleh ambil satu sachet sehari
**Jika ada simptom nak demam ke selsema ke, gandikan pengambilannya dari biasa**

APA RASANYA:

**sedap macam labu…ia adalah biji labu yang kalau anda google biji labu ni memang khasiatnya tinggi untuk bunuh kuman
NAK DAPATKAN SATU?
Anda nak beli pakai debit atau kad kredit? Klik sahaja di link ini: ORDER NUTRIFERON ONLINE

PENCERAHAN: KERANA SHAKLEE, KAMI MENOLAK SUNNAH ?

Assalamualaikum kepada semua. 

Hari ni just nak berkongsi persoalan yang sering bermain di dalam pemikiran para pengguna produk kesihatan Shaklee. Disertakan di bawah ini contoh soalan yang saya terima dari individu tertentu yang saya sembunyikan identitinya. Sebenarnya, ini juga merupakan salah satu soalan yang sering ditanya oleh pengedar Shaklee kepada saya kerana mereka sendiri tiada jawapan apabila ditanya oleh customer mereka mereka yang budiman.

SOALANNYA


Salam tuan. Saya terjumpa blog tuan bila cari-cari tentang Shaklee sebagai MLM yang patuh syariah. Terima kasih atas perkongsian.

Sebelum ni pun saya dah baca-baca (termasuk garis panduan MLM daripada Ustaz Zaharuddin & JAKIM). cuma nak yakinkan lagi... sekarang dah tak ragu-ragu lagi pasal tu. Saya pun sebenarnya pengguna Shaklee, cuma baru jer terbuka hati untyk turut berbisnes.

Saya cuma nak tanya, apa pendapat tuan, bila kita jual Shaklee seolah-seolah tak sokong ekonomi orang Islam/ bumiputra. yer la, sebab Shaklee produk US.

Satu lagi, penjual-penjual Shaklee ni dilihat macam tak sokong/tak amal makanan-makanan sunnah (kurma, madu, habatussauda dsb) & lebih menyokong produk US. Itu saja. Terima kasih.

JAWAPANNYA

1. Pertama sekali, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog yang serba ringkas ini dan syukur alhamdulillah kerana tuan/puan dapat menghilangkan keraguan dengan bacaan daipada blog saya ini. Terima kasih sekali lagi.

2. Yang kedua, saya bukanlah jurucakap yang dilantik oleh Shaklee di Malaysia ini. Jadi jawapan saya adalah secara general sahaja mengikut pengetahuan dan bidang kepakaran saya sahaja. Untuk jawapan yang dilengkapi data, sila emel atau hubungi Shaklee untuk mendapat jawapan yang pasti dari pihak syarikat.

3. Sebenarnya ini bukanlah soalan yang sukar untuk dijawab, tetapi kerana sifat kebanyakan dari orang Melayu yang berfikiran negatif, bersikap layu dan mempunyai penyakit dengki yang tak dapat diubati, maka soalan begini menjadi isu besar kebanyakan daripada kita. Jika tidak percaya, tanyalah usahawan-usahawan Melayu, ada tak sesiapa yang cuba menjatuhkan perniagaan mereka? Jika ada, siapakah mereka? Jangan terkejut jika jawapannya adalah ‘Melayu’ sendiri. Kedengkian orang Melayu sukar sekali dikawal. TAPI soalan di atas adalah dikecualikan kerana saya yakin persoalan ini ditanya semata-mata untuk menolak persangkaan orang ramai terhadap produk Shaklee yang hebat ini.

4. Suka untuk saya bertanya kembali, siapakah yang mengatakan bahawa para pengedar Shaklee dan penggunanya ‘menolak’ makanan sunnah seumpama madu, habbatus sauda’ dan sebagainya? Saya juga ingin mengetahui sekiranya ada pengedar Shaklee yang memberi konsaltasi agar menghentikan penggunaan makanan sunnah dan hanya menumpukan penggunaan produk Shaklee kerana tidak ada seorang pun yang diajar untuk memberi konsultasi seumpama itu.

5. Untuk pengetahuan semua, para pengedar Shaklee sering berkongsi di dalam blog dan FB mereka tentang resepi-resepi Shaklee dengan menggabungkannya dengan makanan sunnah di atas. Tak perlu susah payah membelek, hanya rajinkan jari-jari anda menaip di browser anda tentu anda akan berjumpa dengan pelbagai resepi ‘rahsia’ Shaklee. Hatta saya sendiri menggunakan resepi ESP yang ditambah madu untuk mendapat kesihatan optimum. Ibu kepada pelajar saya mencampurkan habbatus sauda’ dengan minumn ESP dengan harapan anaknya cemerlang dalam pembelajarannya. Alhamdulillah, sekarang sudah 2 bulan berlalu dan anaknya kini semakin cemerlang dalam setiap subjek yang dipelajarinya.

6. Adakah dengan menggunakan Shaklee bermaksud kita MENOLAK makanan sunnah? Jika jawapannya ya, maka semua ubatan kesihatan patut kita minta kerajaan mansuhkan di hospital kerana ubat kimia hospital adalah jauh lebih ‘haram’ hukumnya digunakan. Bahan kimia di dalam ubat hospital jauh memberi kesan yang tidak baik kepada badan jika nak dibandingkan supplement Shaklee yang juga seperti makanan sunnah yang berasal dari sumber alam semulajadi.

7. Bukankah al-Quran sendiri menyatakan,”Makanlah makanan yang halal lagi baik”. Jika kita mempelajari ilmu Islam khususnya ilmu hadis dan al-Quran, nescaya kita dapat fahami bahawa hadis adalah pentafsir kepada al-Quran. Dalam kes ini hadis menyatakan dengan jelas makanan-makanan sunnah itu sebagai contoh kepada makanan yang baik dan halal itu. Maka, apa sahaja yang baik dan halal, nescaya hukumnya adalah harus dari segi syarak. 

8. Adakah jika menggunakan produk Shaklee bermaksud kita menyokong Amerika?! Tergelak juga saya membaca soalan ini. Sebabnya bukankah persekitaran kita sekarang hampir keseluruhannya menggunakan produk keluaran Amerika dan sekutu-sekutunya bermula dari pakaian, makanan, ubatan klinik dan hospital, perhiasan rumah dan sebagainya. Adakah salah kita menggunakannya? Kita perlu faham bahawa isu yang sebenarnya adalah adakah kita menyumbang kepada Amerika dalam menggunakan kuasanya untuk memerangi Islam? Dalam makluman saya, Shaklee langsung tidak tersenarai sebagai syarikat yang memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam membantu Amerika dan sekutunya untuk memusnahkan negara-negara Islam tidak seperti Mc Donald yang ramai sekali orang Melayu ‘bersantap’ di dalamnya dan syarikat minuman Coca cola yang ramai juga Melayu menggunakannya. Ringkasnya, jangan berlaku tidak adil terhadap sesuatu yang jelas. Yang jelas memberi bantuan untuk membunuh umat Islam, tidak seorang pun berani bangun bersuara, tetapi bagi yang tidak memberi bantuan secara jelas, banyak pula gosip liar melingkunginya.

9. Jika anda ingin menyokong ekonomi orang Melayu, memang inilah jalannya. Shaklee telah meletakkan garis perniagaan yang jelas dan sangat menguntungkan dengan modal serendah RM 75 sahaja dan ada pula free membership jika memenuhi syarat tertentu. Tidak perlu simpan barang dan sebagainya. Paling penting, bisnesnya adalah buat jangka masa panjang kerana bidang kesihatan berkaitan manusia. Ada manusia, adalah pasarannya. Saya juga merasakan tiada lagi produk kesihatan yang dibuat oleh bumiputera yang dapat menyaingi produk Shaklee dari segi keberkesanannya dan ujian klinikal yang telah diuji beratus tahun lamanya. Jika ada yang seumpama itu, saya juga berminat untuk mengetahuinya.

10. Jangan menyusahkan diri sendiri. Rasullah SAW bersabda di dalam hadisnya yang mulia,”Islam itu mudah. Jangan dipersempitkan dan jangan pula menakutkan orang ramai daripadanya”. Bukankah Islam itu mudah dan tidak menyusahkan umatnya dengan peraturan-peraturan yang tidak sepatutnya? Mengapa pula kita menyusahkan diri kita dengan perkara yang tidak sepatutnya? 

Semoga pencerahan ini dapat menyelesaikan pelbagai persoalan yang menyesakkan pemikiran anda sama ada sebagai pengedar atau pun pengguna Shaklee. Sekian.