Monday, June 24, 2013

KEHEBATAN GLA COMPLEX SHAKLEE !

KEBAIKAN DAN MANFAAT GLA SHAKLEE:

♥ Membantu merawat PMS dan menopause symptom. Penggunannya boleh meredakan kesakitan semasa period dan juga simptom bila seseorang menopause.

♥ Anti radang, sesuai untuk pesakit athritis dan gout kerana ia merawat keradangan sendi.

♥ Bagi pesakit rheumatoid arthritis, ianya boleh membantu di mana 'may ease tenderness and swelling' (mengurangkan ketegangan dan bengkak).

♥ Untuk kulit cantik. Boleh mengekalkan kelembapan dan kelembutan bagi kulit yang kering atau rosak. Kajian pernah dijalankan ke atas bayi yang mempunyai masalah 'cardle cap' (kerak/kuping di kepala). Bayi yang disapukan dengan borage oil 2 kali sehari dan setelah 2 minggu masalah cardle cap HILANG! Apa yang menakjubkan bukan sahaja pada tempat yang di sapu mengalami perubahan ketara, malah kesuluruhan kulit bayi megalami perubahan yang sangat positif. Ini menunjukkan daya serapan borage oil yang sangat bagus.

♥ Membantu regulate balik period yangtidak teratur. Dan juga mengawal keseimbangan hormon dalam badan.

♥ Membantu kesuburan dengan memperbaiki struktur sel pembiakan. Apabila sistem pembiakan kembali subur, peluang untuk mendapatkan anak juga lebih tinggi. Ada kalangan yang telah mengambil GLA COMPLEX ini telah berjaya hamil dengan izinNya.

DALAM GLA COMPLEX JUGA ADA SUNFLOWER OIL.
APA KEHEBATANNYA?

♥ Sebagai pelembap. Sebab itulah ia berupaya menjadikan kulit pemakainya menjadi lembap serta menghalang kulit kita dari kekeringan air yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

♥ Menyihatkan akar rambut. Bila akar rambut kuat akan mengurangkan rambut rosak dan mudah putus. Sesiapa yang mengalami keguguran rambut, sila beri perhatian pada GLA COMPLEX ini ye :).

♥ Memperbaiki kesihatan jantung dan sistem kardiovaskular. Juga mengurangkan kebarangkalian untu kena heart attack.

♥ Menghalang redikal bebas di sekeliling kita. Oleh itu dapat menjaga diri dari risiko serangan kanser.

♥ Merendahkan kadar kolestrol dalam badan.

♥ Memperbaiki binaan tisu yang rosak dan membina sel yang baru.


Untuk dapatkan harga istimewa & konsultan secara percuma hubungi kami segera !!!

Vitamin Cinta - Untuk keintiman Suami & Isteri

Kedinginan terhadap hubungan seksual seringkali menjadi dilema para isteri. Masalah ini kian meruncing tatkala seorang isteri itu baru menjadi ibu yang menyusukan anak. Seringkali menjadi keluhan para isteri kerana perasaan ingin bersama dengan suami semakin pudar.

Biasanya masalah ini seringkali dikaitkan dengan perubahan hormon. Ini kerana bukan sahaja ibu yang menyusukan, malah masalah dingin seks juga kadangkala berlaku semasa PMS (sindrom pra-haid), semasa hamil dan pra-menopos. Walau bagaimanapun, belum ada kajian lanjut yang melibatkan ujian darah terhadap hormon yang terbabit semasa masalah in melanda.

Menurut pakar, antara penyebab masalah kedinginan seks ini adalah:-- kepenatan dan kelesuan- komitmen yang bertambah- kurang rehat- kurang masa untuk diri sendiri- kurang nutrisi.

Jadi, ia boleh diatasi dengan:-- mendapatkan rehat yang cukup- merancang masa berkualiti- membaca novel ata menonton filem romantik untuk mendapatkan mood- memastikan cukup keperluan nutrisi- mengurangkan pengambilan makanan segera, makanan ringan etc.
Adakah Shaklee ada penyelesaian? 
Ya, kami ada !


Vita-E
Vitamin E dikenali sebagai VITAMIN CINTA yang membantu untuk membangkitkan perasaan cinta dan keinginan untuk bercinta bagi isteri mahupun suami.

GLA Complex
GLA Complex, juga mengandungi Vitamin E yang menjadikan hormon stabil dan menyemarakkan rasa cinta. Ia juga membantu menyusun atur kitaran haid yang selalu menjejaskan kesuburan.

Adakah Shaklee lebih powerful dari VIAGRA? Ya, sudah semestinya! Viagra hanya berfungsi untuk mengatasi masalah mati pucuk bagi lelaki, tapi ia bukan untuk menyemarakkan api cinta yang dingin. Dapatkan Vita-E atau GLA complex, khas buat pasangan yang ingin kembali melayari malam pertama.

Share info hebat ini dengan sahabat dan saudara yang memerlukannya, ok !

Untuk dapatkan harga istimewa & konsultan secara percuma hubungi kami melalui talian 0122354363 (shima)

Thursday, June 20, 2013

Shaklee Joint Health Tablet


Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda Joint Health Tablet. Produk ini sangat sesuai untuk golongan warga emas atau org2 muda yang mengalami masalah sakit-sakit sendi, sakit di bawah tapak kaki bila bangun pagi, pesakit arthritis..



Seperti yang anda tahu, sendi-sendi di badan kita membentuk hubungan antara tulang temulang yg memberikan sokongan dan membantu kita untuk bergerak. Sendi terdiri daripada tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair sinovia iaitu bendalir yang melicinkan sendi-sendi kita yang memberikan keselesaan antara tulang-tulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.
Semakin meningkat usia kita, tulang rawan akan menyusut secara semulajadi.Selain itu, tekanan fizikal yang berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerap tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan pada sendi dan ini membataskan pergerakan seseorang.

Bagi golongan muda, jangan biarkan sakit sendi menghalang anda dari bergiat aktif. Pencegahan awal boleh menjadikan sendi anda sihat untuk masa akan datang. Bagi warga emas yang biasa mengalami sakit sendi, pengambilan joint health tablet ini membantu mengurangkan rasa sakit pada sendi dan membantu anda bergerak dengan lebih baik daripada sebelumnya.

Jom kita lihat kelebihan joint health tablet ni..


1. Menyokong keselesaan sendi

Ekstrak boswellia menghalang pembentukan bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi. Bahan aktif utama ekstrak boswellia berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.



2. Bertindak sebagai kusyen

Ekstrak jagung membekalkan sumber yang pekat dgn glukosamina yg berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan memelihara tulang rawan. Glukosamina merupakan komponen utama membina tulang rawan dan lendir bagi melicinkan sendi.


3. Memelihara tisu penyambung yang sihat

Zink, tembaga, mangan dan vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yg memberi kekuatan & struktur terhadap sendi.

# Kesan boleh dilihat seawal 5 hari berdasarkan penyelidikan klinikal Shaklee!




Kelebihan mengamalkan Advanced joint Health Shaklee

1.   31% Pergerakan menjadi lebih mudah berbanding sebelum menggunakannya

2.  41% Pergerakan menjadi lebih selesa dan digemari ramai...

3.   Bebas kondroitin sulfat (kondroitin sulfat mengganggu glukosamina)

4.   Formulanya berasaskan 100% sayuran. Sangat sesuai untuk vegetarian

5.   Mengandungi Vitamin C

6.   Mengandungi Zink, Tembaga dan mangan.

7.   Mengandungi ekstrak Boswellia


Rasailah sendiri perbezaan sebelum dan selepas menggunakan Advanced Joint Health Shaklee anda pasti tersenyum dan gembira dengan keberkesanannya mengatasi sakit sendi anda=)

Vitamin untuk kesihatan sendi (tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecari sinovia)

Bayangkan jika salah satu sendi gagal berfungsi, pastilah pergerakan jadi terbatas. Terutamanya kepada mereka yang aktif. Tak kiralah sama ada mereka yang aktif bersukan,  kerja yang banyak pergerakan  atau yang suka pada aktiviti lasak dan ekstrem kesihatan sendi wajib diambil serius. Jangan pandang enteng tau!




Sendi yang sihat bermakna tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecari sinovia(bendalir yang melicinkan sendi-sendi) iaitu komponen-komponen sendi; mendapat keperluan nutrisi dari yang mencukupi yang diserap oleh tubuh. Sendi yang sihat dan kuat dapat memberi keselesaan antara tulang temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Jom kita baca mengenai vitamin untuk kesihatan sendi

Advanced Joint Health Tablet Shaklee adalah makanan tambahan yang memelihara kesihatan sendi-sendi tubuh badan. Dalam tubuh badan kita terdapat beberapa sendi yang sering bekerja bagi memastikan setiap pergerakan dapat dilakukan. Sendi-sendi badan adalah:


Advanced Joint Health Tablet ini memberi manfaat kepada sendi melalui 3 cara:-
  • Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya,. bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  • Bertindak sebagai kusyen (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan  dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.
Tulang rawan menyusut secara semulajadi seiring dengan peningkatan usia. Tekanan fizikal yg berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaaan sendi dan pergerakan terbatas. Untuk membaca testimoni pengamal vitamin Joint Health ini sila klik di sini.


Aktiviti biasa seperti membongkokduduk dan berjalan menjadi begitu mencabar kepada mereka yang mengalami masalah sendi ini.  Pencegahan awal perlu demi masa depan kita. Sakit atau tidak bukan ukuran untuk kita tidak mendapatkan nutrisi sendi. Sendi kita semakin goyah seiring dengan peningkatan usia kita. Jadi sediakan payung sebelum hujan!

Joint Health Shaklee paling sesuai dijadikan buah tangan setiap bulan  kepada ibu dan ayah kita. So macam mana? Sayang tak emak dan abah kita?

Soalan popular bagi Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yg dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yg sihat. Ia dihasilkan dari ramuan yg bertindak dgn pantas bagi menyokong makanan kesihatan yg diperlukan oleh sendi-sendi.

Siapakah yg memerlukan khasiat Shaklee Advanced Jointh Health Tablet?
Lelaki dan wanita dewasa yg mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yg mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.




Apakah estrak jagung?
Estrak jagung secara semulajadinya kaya dgn glukosamina yg merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yg juga dijumpai dalam tendon dan ligemen. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dalam membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Apakah Boswellia?
Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yg berfungsi sebagai anti radang semulajadi.

Apakah yg membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
Ekstrak Boswellia proprietari yg digunakan di dalam Shaklee Advanced Jointh Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yg berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yg berkait rapat dalam memberikan bioaktiviti yg lebih baik berbanding daripada AKBA sahaja. Tambahan pula ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutirisinya dapat menyokong keselesaan sendi yg lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yg lebih tinggi.

Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet ini dengan Ostematrix pada masa yg sama?
Boleh. Tada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-duanya yg menyokong kekuatan sendi anda. Lebih baik anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet.

Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
Untuk hasil yg terbaik, ambillah mengikut apa yg disarankan iaitu 2 tablet sehari bagi setiap hidangan.

Mengapa ia bebas daripada kondroitin?
Ia tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik bila diambil secara oral (ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yg sulfat kondroitin juga boleh menggangu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yg lazimnya diserap dengan baik jika diambil secara berasingan.

Mengapa produk ini mengandungi vitamin C?
Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang nilai harian 100% vitamin C, kerana ia merupakan nutrien penting yg diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu kompenen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yg lain di dalam tubuh.

Mengapa produk ini mengandungi mineral zink, tembaga dan mangan?
Kerana ia menyumbang nilai haria 10% mineral surih zink, tembaga, dan mangan yg merupakan faktor sampingan enzim-enzim yg membina kolagen dan glukosaminoglikan.

Adakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
Ya.

Order online klik sini !!!

Hubungi kami segera !!!

Tuesday, June 11, 2013

Set kesihatan Optimum Lelaki & Perempuan

Set Asas Kesihatan Optimum Lelaki & Perempuan

Biasanya, orang cari vitamin bila dah rasa tahap kesihatan semakin terjejas. Kalau yang anak dara dan teruna selalunya jarang alami masalah penat terlampau ni. Kalau dah berkahwin, komitmen akan bertambah. Kerja pun semakin banyak dan memenatkan namun hendak juga menghabiskan masa berkualiti dengan keluarga tanpa rasa letih bila pulang bekerja.
Jadi set optimum adalah yang paling sesuai. Set Optimum mengandungi 

B Complex
-membantu untuk fokus
-membantu mengawal stress/tekanan
-memberi kecergasan dan tenaga
-mengelakkan kelesuan dan keletihan melampau
-membantu metabolisme jadi makanan akan dapat ditukar ke bentuk tenaga
-membantu kelancaran urat saraf

Vitamin C
-menguatkan sistem imun
-anti oksida yang hebat untuk melawan radikal bebas supaya sel terpelihara
-memberi perlindungan pada sel badan
-membantu penyerapan zat besi
-membantu pembinaan kolegen

Vitalea atau multivitamin 
-mengandungi mineral dan vitamin yang diperlukan badan pada kadar yang sempurna
-mampu memenuhi kekurangan nutrien dalam menu harian
-memelihara sel badan
-membantu penyerapan zat dari makanan harian

Ini adalah vitamin-vitamin asas yang perlu diambil jika anda mementingkan kesihatan namun mempunyai kekangan untuk mendapatkannya secara terus dari menu harian. Vitamin ini mudah didapati dari sayuran namun mudah juga terhapus semasa penyediaan makanan. Jadi, pengambilan vitamin adalah jalan yang mudah dan bijak supaya badan dapat nutrisi sepatutnya untuk kekal cergas.

3 vitamin  ini berharga :
B Complex (120 biji)      RM92 
Vitamin C   (180 biji)     RM53 
Vitalea         (120 biji)   RM88
Keseleluruhan set optimum berharga RM233. Namun, dapatkan harga istimewa dengan menghubungi kami. 


Untuk tambahan menjadi set family wellness, Energizing Soy Protein adalah pelengkapnya. ESP membantu untuk badan terus bertenaga dengan cara mengekalkan tahap glukos di dalam darah secara optimum. Jadi, tenaga dapat dikekalkan secara berpanjangan dan disamping memelihara paras gula pada setiap masa. Protein juga merupakan komponen utama untuk membantu pembinaan sel dan tubuh bagi kanak-kanak dan orang dewasa. ESP turut menyumbang dalam proses pemulihan dan sangat berguna bagi individu yang baru recover dari sakit atau pembedahan.

Energizing Soy Protein berharga RM150

Keseluruhan set family wellness adalah berharga RM383

Untuk dapatkan harga istimewa, hubungi kami melalui talian 0122354363 (shima)

Tuesday, June 4, 2013

Pentingnya Pengambilan Nutrisi Yang Mencukupi Untuk Wanita Hamil



Menghadapi saat-saat bakal bergelar ibu adalah saat yang paling mendebarkan. Pelbagai perasaan bercampur baur, antara gembira, excited, serta rasa bimbang.. Ini semua adalah di sebabkan oleh pengaruh oleh perubahan hormon bagi seorang wanita yang hamil. Kadang-kala, ibu hamil ini akan menjadi lebih sensitif, cepat terluka hatinya, jika dia tidak mendapat perhatian daripada pasangannya.

Bagi wanita yang hamil, ada satu perkara biasa, jika sering berasa mual dan keinginan untuk makan menjadi kurang. Ini adalah disebabkan timbul rasa di hati, kerana bimbang, apa yang masuk kedalam perut, akan keluar semuanya, di sebabkan muntah yang teruk. Adalah sangat penting, bagi si ibu untuk mengambil nutrisi yang mencukupi untuk si ibu dan bayi didalam kandungan.

Antara nutrisi yang penting adalah :

1. Asid Folik
Kebiasaannya, anda akan dibekalkan oleh doktor yang merawat anda semasa mengandung, dengan asid folik dan pelbagai lagi vitamin tambahan. Ini adalah kerana, kehadiran asid folik adalah sangat penting untuk perkembangan bayi anda.
Asid folik merupakan salah satu unsur Vitamin B. Ia berfungsi untuk mengelakkan berlakunya kecacatan saraf tunjang seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir.
Oleh sebab itu, pengambilan asid folik semasa hamil adalah sangat penting, lebih-lebih lagi, pada saat kandungan anda mencecah 12 minggu pertama.
Pada saat ini, organ dan sistem badan bayi mula terbentuk. Kehadiran Asid Folik adalah perlu untuk pemprosesan ini.
Asid folik boleh di dapati melalui pengambilan vitamin, supplemen ataupun pengambilan makanan yang mengandungi asid folik seperti bayam, kacang buncis, kacang panjang, soya, kekacang dan jus.

2. Zat Besi
Zat besi sangat penting bagi membantu pembentukan sel-sel darah merah dalam badan di samping bertujuan untuk mencegah anemia.
Keperluan zat besi lebih penting bagi wanita hamil, kerana jumlah keperluan Hb atau hemoglobin meningkat semasa mengandung, terutamanya ketika kandungan anda mencecah trimester dua terakhir.
Zat besi ini boleh diperolehi daripada vitamin, supplemen atau melalui pengambilan makanan seperti daging, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.

3. Kalsium
Pengambilan kalsium lebih daripada kadar biasa, adalah sangat perlu bagi wanita mengandung, kerana ia membantu si ibu daripada rasa kebas dan kekejangan sepanjang tempoh kehamilan.
Malahan, kalsium juga turut membantu si ibu daripada penyakit darah tinggi.
Oleh sebab itu, adalah penting bagi si ibu untuk memastikannya mendapat kalsium yang mencukupi sepanjang tempoh kehamilan.
Sumber bagi kalsium boleh di perolehi daripada vitamin atau supplemen.

4. DHA
DHA memainkan peranan penting dalam perkembangan otak janin.
DHA berfungsi untuk memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi semenjak masih di dalam kandungan.
Pada trimester terakhir, adalah saat-saat penting untuk si ibu mendapatkan DHA yang mencukupi, bagi membantu perkembangan minda yang elok untuk bayi.
DHA boleh diperolehi daripada sumber vitamin, supplemen atau pengambilan makanan seperti minyak ikan, telur ikan, sardin dan salmon. Ini kerana, dipercayai bahawa kandungan omega yang banyak terdapat di dalam ikan sardin dan salmon

5. Air
Wanita mengandung di galakkan untuk mengambil air masak sekurang-kurangnya sebanyak 10 gelas setiap hari. Sebagai tambahan, anda mungkin boleh mengambil jus buah, susu, yogurt, sup dan pelbagai lagi cecair yang lain.

Percaya tak anda, semua nutrisi penting yang telah saya kongsikan bersama anda di atas, semuanya terdapat di dalam supplemen Shaklee???



Bagi wanita mengandung, supplemen Shaklee yang boleh di syorkan adalah seperti

# Vitamin C

# B-Complex
# Vita-Lea
# ESP
# Ostematrix
# Omega Guard.

Keenam-enam produk Shaklee ini, merupakan set lengkap untuk wanita hamil. Malahan, ia juga turut di perakui oleh doktor-doktor yang merawat wanita mengandung.
Anda berminat???

Untuk dapatkan harga istimewa & konsultan secara percuma hubungi kami melalui talian 0122354363 (shima)

KENCING MANIS KETIKA HAMIL

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai gestational diabetes. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. 

Diabetes semasa hamil selalunya bermula selepas tiga bulan hamil. Semasa kehamilan, badan akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika tubuh badan tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, ia akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan akan menimbulkan gestational diabetes

Gestational diabetes selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 



TANDA-TANDA KENCING MANIS SEMASA HAMIL
Bagaimanapun, kebanyakan ibu yang menghidap diabetes semasa hamil tidak diketahui puncanya. Mereka tidak mempunyai tanda-tanda dan simptom-simptom. Oleh itu, pemeriksaan diabetes semasa hamil menjadi sebahagian rutin pemeriksaan hamil dari 22 minggu ke 24 minggu kehamilan di kebanyakan klinik. tanda-tanda yg mungkin adalah :

# keletihan
# dahaga yang terlampau
# membuang air kecil dengan banyak
# penglihatan kabur

Jika terdapat sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor.

KESAN KENCING MANIS TERHADAP BAYI
Ini bergantung kepada penjagaan diri. Jika dapat mengawal diabetis dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk ibu dan kandungan. risiko yang mungkin terhadap kandungan adalah :
bayi akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan  membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. 
# gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) selepas lahir.
# jaundis
# obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari.

GOLONGAN YANG BERISIKO MEGHIDAP KENCING MANIS
# Indeks jisim badan (BMI) lebih daripada 30 atau 80kg ke atas.
# pernah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih.
# ibu yang pernah melahirkan kembar
# ibu yang pernah menghidapi diabetis gestasi sebelum ini.
# mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi kencing manis.

SUPLEMEN UNTUK PENGHIDAP DIABETES KETIKA HAMIL :

                                   VITALEA                      B-COMPLEX

  
                 
                              ZINK                              VITAMIN C
       
                        SOY PROTEIN (ESP)           VITA-E COMPLEX
sekiranya anda mengambil ubat-ubatan atau suntikan insulin, berjumpalah dengan doktor anda untuk nasihat sebelum mengambil sebarang suplemen. ini kerana sesetengah vitamin mineral mempunyai tindak balas terhadap ubat.

Untuk dapatkan harga istimewa & konsultan secara percuma hubungi kami melalui talian 0122354363 (shima)