Assalamualaikum semua.
Bila setiap hari kita berkonsultasi dengan puluhan customer yang inginkan pandangan dan nasihat tentang pelbagai jenis penyakit, tentulah kita akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang popular sekarang kan?! So, hari ni nak share something tentang satu penyakit yang sangat terkenal terutamanya kepada kanak-kanak dan tidak kurang bahayanya ke atas perkembangan diri mereka.
Di seluruh dunia, kadar kelaziman ekzema semakin meningkat terutama di kalangan kanak-kanak. Berdasarkan kajian tempatan, didapati kadar kes ekzema di kalangan kanak-kanak sekolah di Malaysia meningkat kepada 12.6 peratus (2006) berbanding 9.5 peratus pada 1999. Di kalangan remaja berusia 13 hingga 14 tahun, kes ekzema antara 9.5 peratus dan 6.3 hingga 9.5 peratus.
SEKSANYA GATAL
Ekzema atau dermatitis atopik ialah satu daripada penyakit kulit yang paling lazim, membabitkan 10 hingga 20 peratus kanak-kanak dan satu hingga tiga peratus orang dewasa di seluruh dunia. Ia penyakit kulit yang kronik dan sangat gatal menyebabkan pesakit khususnya kanak-kanak menderita.
Tidak dapat menahan rasa gatal inilah yang membuatkan pesakit menggaru bahagian kulit yang mengalami keradangan. Semakin digaru semakin sedap rasanya, tetapi masalahnya lebih giat anda menggaru, lebih luaslah kawasan kulit yang mengalami ekzema.
Biasa kita lihat kanak-kanak yang pipinya mempunyai tompok kemerah-merahan seperti melepuh. Ramai menyangka ia kurap susu tetapi sebenarnya masalah itu adalah ekzema. Ia berlaku disebabkan jangkitan bakteria di kawasan berpeluh yang menyebabkan kulit menjadi kemerahan, gatal dan berkerak. Ruam merah berkenaan kelihatan seperti kulit melecur.
Ia boleh berlaku di mana-mana bahagian tubuh, misalnya di lipatan leher, lengan, kaki, hidung, muka dan pelipat kaki. Komplikasi ekzema ialah gatal menyebabkan pesakit sering menggaru. Akibatnya, mereka terdedah kepada jangkitan kuman serta menyebabkan nanah. Ada pesakit yang mengalami ekzema daripada kepala hingga ke tubuh.
MASIH ADA HARAPANKAH?
Penyakit ini boleh pulih tetapi bergantung kepada ketahanan antibodi seseorang sama ada pada usia dua, enam atau 12 tahun. Dalam sesetengah kes, penyakit ini dihidapi pesakit hingga ke akhir hayat.
Jika ekzema dihidapi serius, steroid akan digunakan untuk merawat masalah itu atau pesakit dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan selanjutnya.
Ekzema pada asalnya bukanlah penyakit popular satu masa dulu, tetapi bilangan penghidapnya kini semakin meningkat disebabkan faktor persekitaran dan pemakanan yang tidak sihat. Semua orang terdedah kepada risiko mendapat ekzema tetapi risiko lebih tinggi kepada yang ada sejarah penyakit tertentu seperti asma, alergi dan ekzema dalam keluarga.
Menurutnya, disebabkan salah tanggapan ekzema boleh berjangkit, ada individu menjauhi pesakit ekzema. Bagaimanapun, penyakit radang kulit itu bukan penyakit berjangkit, sebaliknya berpunca daripada sistem imun yang lemah.
Jangan buat kanak-kanak penghidap ekzema berasa tersisih. Emosi mereka terganggu kerana penyakit ini membataskan aktiviti mereka. Mereka tidak boleh bermain seperti kanak-kanak lain kerana penyakit ekzema menjadi lebih buruk apabila mereka berpeluh.
PENCEGAHAN
Sifat penyakit ini yang datang dan pergi menyebabkan pesakit harus mengambil langkah pencegahan bagi mengelak ia berulang.
Antara perkara yang perlu dihindarkan pesakit ialah:
1- Menggunakan sabun mandi yang mempunyai pewangi kerana ia mengandungi lebih banyak bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit kering.
2- Elakkan daripada berada di tempat panas kerana kulit mereka yang sensitif akan memberi kesan buruk apabila berpeluh.
3- Hindarkan kulit daripada bahan atau perkara yang boleh mencetuskan ekzema seperti kosmetik, pakaian, sabun pencuci pakaian mahupun barang kemas. Elak juga pakaian tebal yang mudah membuatkan mereka berpeluh.
4- Pesakit harus menyapu pelembap bagi mengelak kulit kering terutamanya selepas mengelap anak.
5- Letakkan anak di bilik selesa dan nyaman dan elakkan mandi air panas/suam,
6- Awasi makanan yang menyebabkan alahan serta dapatkan nasihat doktor.
RAWATAN
Jika tidak ada masalah, ingin sekali saya berkongsi dengan anda semua rawatan yang saya kongsikan bersama para ibu semasa dalam tempoh konsultasi. Semoga ia boleh menjadi panduan untuk anda semua. Proses ini lebih melibatkan rawatan dalaman dan luaran mengikut peringkat umur untuk memastikan kesihatan total terutamanya buat si manja anda.
Bayi berumur kurang 1 tahun
- Ibu yang menyusukan anak yg mengalami masalah eczema boleh mengambil ESP dan Omega Guard. Selain bagus utk ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu.
- Jika bayi mengalami ekzema kering, boleh sapukan Herbal Blend Cream untuk mengurangkan rasa gatal dan pedih.
- Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yg luka.
Basic H dan Herbal Blend |
Kanak-kanak 1 tahun ke atas
- Omega guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih 1 tahun untuk kawal dan rawat masalah ekzema.
- Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan.
- Mealshake yang kaya dengan multivitamin juga boleh diberikan untuk memperbaiki kulit yang rosak dan berparut
- Herbal blend dan vitamin e boleh digunakan untuk merawat luka.
ESP, Nutriferon dan ESP |
Remaja dan dewasa
- Amalkan ESP dan fungsinya adalah membantu menghasilkan sel kulit yang sihat. Bila ekzema melanda, sel kulit akan rosak. Jadi ESP membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit yang cantik.
- Vitamin E berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat eczema. Ia juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Yang bagusnya Vitamin E Shaklee ini, ia mengandungi ekstrak biji anggur. Ekstrak biji anggur ini lah yang membuatkan kesan pemulihan kulit-kulit yang rosak itu berlaku lebih cepat.
- Omega Guard ini adalah untuk memastikan kulit kekal lembap. Sepertimana yang kita tahu, pengidap ekzema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Kulit tak boleh kering, kerana ia akan menyebabkan rasa gatal dan pengidap akan mula menggaru.
- Herbal Blend ini fungsinya adalah untuk melegakan gatal dan pedih-pedih akibat luka ekzema. Bila pakai disapu dengan Herbal Blend, kulit akan rasa sejuk, jadi gatal dan pedih akan beransur hilang.
- Boleh juga ambil Meal Shakes yang kaya dengan multivitamin untuk merawat kulit yang rosak
- Pengambilan Alfalfa boleh diamalkan. Ia bertindak menguatkan sistem dalaman badan dengan menyahkan toksin.
Meal Shake dan Omega Guard |
Tidak semestinya kena ambil semua apa yang saya cadangkan. Saya akan mencadangkan produk yang sesuai mengikut tahap ekzema yang dihidapi. Tapi alangkah bagusnya jika anda dapat mengamalkan semua produk vitamin ni. Maka dapatlah merawat ekzema dan sakit kulit ini dengan lebih optimum.
Sekian dulu untuk hari ini. Semoga anda dapat mengambil manfaat daripadanya.
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
Jom dapatkan Shaklee daripada saya dengan tawaran ISTIMEWA
FREE konsultasi
FREE tips
FREE jadual pengambilan supplement
FREE membership
FREE Postage
FREE jadual pengambilan supplement
FREE membership
FREE Postage
No comments:
Post a Comment