Ana nak share pulak mengenai produk Shaklee Get Clean Basic H. Produk ni adalah produk yang ana minat sekali!!! Masa mula-mula menceburi dunia Shaklee, ini lah produk meletop ana. So apa yang bestnyer Basic H ni.....
Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.
Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
- Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
- Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
- Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
- Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
- Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
- Dinding
- Permukaan dapur, jubin dan lantai
- Peralatan
- Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
- Tingkap dan cermin
- Perkakas
- Benda-benda diperbuat daripada kayu
- Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan
Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam bekas penyembur
Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air
Tingkap dan cermin
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
Lantai
Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam
Perbezaan Shaklee
Selamat
- Tidak bertoksik
- Tanpa gas beracun
- Tanpa bahan kimia berbahaya
- Tanpa bahan pewangi
- Lembut pada tangan
- pH seimbang
- Tanpa klorin
Berkesan
- Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
- Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
- Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
- Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
- Biorosot
- Tanpa fosfat
- Bungkusan yang boleh kitar semula
- Tanpa bahan pewarna
- Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H²
tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.
Eh..takkan untuk mencuci je..kata ada lagi 997 kegunaan..MAGIC sungguh..
· Basic H untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.
· Basic H untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering. (First Aid)
· Basic H untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.
· Basic H untuk pastikan sinki tak tersumbat
· Basic H untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat, hanya satu sudu teh dan tidak perlu bilas lantai.
· Lebihan air basuhan Basic H untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.
· Basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam. (First Aid)
· Mandikan anak dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.
· Letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.
· Ana gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.
· Ana gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.
· Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampai pakai semula [ cloth diaper] dengan lebih bersih.
Banyak kegunaannya dan sangat "value for money" sebab ianya sangat pekat dan setiap kegunaan hanya beberapa titis diperlukan. Sebagai pengguna tegar Basic H, I akan pastikan Basic H sentiasa ada di rumah even di pejabat pun ada sebotol.
Ana sendiri pernah berada dalam situasi cemas dimana anak terkena air panas dandemam panas, kebetulan pula cuti umum banyak klinik pakar kanak-kanak ditutup..sementara untuk dibawa ke klinik biasa..ana dan isteri mandikan dan buat teknik sponging dengan Basic H, dengan izin Allah SWT panas anak ana beransur turun kerana Basic H ini dapat menyerap haba 3x ganda! Yang terkena air panas tadi tu just sapu je dengan Basic H dengan izin Allah kulit tidak gelembung dan cepat sembuh..Alhamdulillah.
Mau memilikinya silalah hubungi kami... !
GET CLEAN®
Kesihatan yang baik bukan sahaja bermula dengan apa yang kita makan. Punca penyakit adalah berpunca dari perut. Oleh itu, soal pemakanan yang sihat dan seimbang amat dititikberatkan disamping perlu disokong dengan vitamin tambahan. Badan kita tak mampu menghasilkan semua nutrisi yang badan perlukan seperti asid amino.
Alam sekitar yang sihat juga perlu dititikberatkan. Jika makan sudah terjaga, keperluan nutrisi sudah diseimbangkan jangan lupa udara yang bersih juga diperlukan. Apa akan jadi kalau udara sudah tidak bersih lagi. Apa akan jadi jika peratusan karbon dioksida lebih dari oksigen?
Manusia memerlukan oksigen untuk bernafas. Udara yang tercemar boleh menyebabkan asma terutama bagi mereka yang mempunyai masalah pernafasan. Orang yang berkulit sensitif juga terdedah kepada jangkitan jika udara tercemar.
Memahami kesihatan bukan sahaja untuk tubuh badan sahaja, Shaklee menghasilkan produk untuk menjaga alam sekitar. Apa yang pasti produk ini adalah SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM disampingkan menJIMATkan wang.
Adakah air yang kita minum benar-benar bersih? Pada mata kasar, air mungkin nampak bersih tapi adakah ianya SELAMAT?
Kini anda boleh menikmati air bersih hanya dari Jag Air sahaja yang boleh dibawa kemana-mana sahaja. Jag air HEBAT ini mengurangkan penggunaan botol plastik.
Get Clean® Water ini merupakan sistem penapis air pertama yang menggunakan blok-karbon padu untuk membersihkan air serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.
Pencuci pekat Basic H²™ dengan kepekatan berganda hebat ini amat menjimatkan dan benar-benar berkesan untuk membersih dan menanggalkan minyak gris degil. Info lanjut, klik sini.
Surirumah pasti sukakan pencuci pinggan ini! Hanya beberapa titisan ianya mampu mencuci timbunan pinggan mangkuk berminyak dengan lebih mudah. Info lanjut, klik sini.
Formula enzim semulajadinya menjadikan pakaian lebih bersih disamping menyelamatkan BUMI. Info lanjut, klik sini.
Siapa yang tak suka baju yang berbau segar, selembut sutera. Apatah lagi basuhan yang menolong mengurangkan kedutan dan menghilangkan kesan statik pada kain berbanding jenama lain. Suka tak kalau saya beritahu pelembut pakaian berformula pekat ini menJIMATkan wang anda. Info lanjut, klik sini.
Jadi dapatkan rangkaian produk GET CLEAN pada hari ini dengan segera. Hantar pesanan anda ke inbox saya. Selain mampu menjimatkan wang, produk ini SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. Jom selamatkan BUMI tercinta. Selamat untuk kulit, Selamat juga untuk BUMI.