Monday, January 27, 2014

Status Halal Shaklee

Kebelakangan ini timbul semula isu halal-haramnya produk Shaklee.

Di bawah ini adalah sijil halal Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk2 Shaklee.
shaklee halal
ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh tengok di website My Halal (KLIK SINI).
Produk yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. (Tidak semua produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia)
Saya amat memuji tindakan beberapa pengguna termasuk distributor Shaklee sendiri yang mengambil langkah dengan memastikan produk yang diambil benar-benar halal. Maklumlah di zaman sekarang ni terlalu banyak perkara yang bercampur-baur antara halal dan haram. Bukan saja dari segi pemakanan malah dari sudut lain seperti pergaulan, kebebasan, pencarian rezeki dan sebagainya. Yang pasti, ia bermula dari punca rezeki dan apa yang kita masukkan ke mulut.
Daging yang tumbuh dari sumber yang tidak halal (sama ada makan makanan yang tidak halal tanpa keadaan darurat atau punca pencarian yang tidak halal) adalah bahan bakar api neraka. Mungkin tak perlu tunggu api neraka kerana di atas dunia kita sudah merasai bahana dari benda2 yang tidak halal, misalnya doa tidak dimakbulkan, kehidupan yang resah gelisah, hati yang keras dan sebagainya.
Namun adakalanya perkara sebegini menjadi bahan sabotaj tanpa kita sedar. Maklum saja, orang kita biasa dengan JAKIM sedangkan ada banyak lagi badan pengeluar sijil halal, yang mengeluarkan status halal termasuk untuk produk2 tempatan. Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kalau nak kira untuk marketing dalam negara, yang ada sijil halal JAKIMlah yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIM :)
Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereke mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. Mengikut pembacaan saya, status halal di Kanada & USA adalah yang paling sukar untuk dapat pelepasan. Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari ISA, sepatutnya tiada isu, bukan :)
Memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main, kerana pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik bila2 masa sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Sebagai penutup, produk2 dalam pasaran Malaysia terdapat dalam senarai dalam sijil di atas. Sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu-ragu.
Kepada pengguna Shaklee, dan kepada yang mahu mencuba dan menikmati kebaikan Shaklee, gunakannya tanpa was-was. Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat!
Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan menghubungi contact di http://www.shaklee.com.my/bm/main.asp
Hubungi kami segera untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi dan sebarang pertanyaan,
gunakan talian HOTLINE !

Saturday, January 25, 2014

Asma

Anda asma atau anak anda asma ?





Asma selalunya sinonim dengan nama seorang perempuan. Entri kali ini bukan nak bercerita tentang perempuan bernama Asma tapi nak sharing bahayanya penyakit asma. Apa itu penyakit asma?

Minyak ikan shaklee mencegah penyakit asma

Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit. Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.

Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan. Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.
Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.

sumber
minyak ikan shaklee mencegah penyakit asma
Minyak ikan shaklee mencegah penyakit asma

Salah satu kebaikan Omega Guard Shaklee membantu menangani penyakit asma. Menurut satu kajian yang dijalankan di Indiana University, mendapati golongan dewasa yang mempunyai tahap asma 'mild to moderate persistent asthma', yang mengambil suplemen Omega-3 setiap hari dalam masa 3 minggu menunjukkan pengurangan penggunaan 'emergency inhaler' sebanyak 31%. Ini menunjukkan mereka tidak lagi terlalu bergantung pada ubat sedutan yang mempunyai steroid itu.
Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut. Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan.

Hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan. Ini memberi gambaran bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil. 
Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya. Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega-3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA). Omega-3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya.

Omega Guard Shaklee Minyak Ikan Terbaik di Dunia

Terdiri daripada 7 Asid Lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Elcosa Pentaenoic Acid),DHA (Docosa Hexaenoic Acid), EDA  menyihatkan jantung & sendi, manakala DHA penting bagi perkembangan & fungsi otak. Omega Guard dihasilkam melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan Asid Lemak Omega 3 yang bermanfaat & semulajadi, disamping menyingkirkan bahan merbahaya seperti plumbum & merkuri yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan. Satu hidangan Omega (3biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.

Saya menyeru kepada ibu bapa di dalam dunia ini untuk memberikan Omega Guard Shaklee kepada anak mereka yang menghidap asma. Ini adalah langkah pertama untuk mengurangkan penggunaan inhaler sekaligus dapat hidup tanpanya suatu hari nanti. Tiada inhaler tiadalah steroid. Insyallah Omega Guard Shaklee membantu menangani penyakit asma anak anda.

Hubungi kami segera untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada kami, 
gunakan talian HOTLINE !

Penyakit Gout

Penyakit Gout
Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.

Penyakit gout boleh disebabkan oleh beberapa faktor, biasanya seseorang itu diserang oleh gout kerana salah satu sebab utama, ringkasan ini ditulis supaya anda dapat mengambil jalan penyelesaian penawarnya.

Sakit gout adalah sejenis penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah.

Sakit gout akan membawa rasa sakit yang ketara, terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah akibat daripada radang. Jika dibiarkan, ia akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan tumbuhnya tophi gout yang keras pada permukaan kulit.

Masalah batu karang pada buah pinggang turut sering berlaku pada penghidap gout. Begitu juga dengan Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka mempunyai kandungan asid urik darah yang tinggi.

Serangan gout adalah kronik dan berpanjangan. Serangan gout tiba-tiba jenis ini dikenalpasti sebagai jenis sakit gout yang berulang-ulang. Semasa sakit itu, sendi akan menjadi bengkak dan rasa berdenyut-denyut, keadaan ini akan berterusan untuk tempoh lebih kurang satu minggu.

Stress, telah terbukti memberi kesan negatif pada badan, melalui pengurangan mineral dan nutrisi dan pengeluaran adrenalin dan hormon stress (steroid). Stress juga boleh menurunkan sistem imun anda, menukar paras sugar dalam daran dan menaikkan paras asid urik ke tahap tinggi. Dadah biasanya akan menambahkan stress melalui dehidrasi tisu organ dan menyempitkan laluan-neuro dan menyekat penyerapan zat nutrisi dan mineral. Penawar alami boleh menanganinya.

Makan makanan yang salah, cara makan, masa makan dan banyak mana anda makan, secara terus memberi kesan pada kesihatan anda. Makan terproses melemahkan sistem penghadaman anda, yang dengan itu melemahkan sistem imun anda dan seterusnya akan membenarkan gout menyerang dan berbagai lagi penyakit akan muncul. Ubatan tidak dapat menggantikan apa yang makanan baik berikan. Penawar alami yang menggunakan beberapa makanan pasti yang memulihkan kesiahatan dengan cepat dan selamat.


Berat badan yang melebihi. Seperti yang dimaklum sesiapa yang menghadapi berat banda terlebih akan menaikkan risiko berbagai penyakit. Kegemukkan boleh berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan metabolisma atau lebihan makanan atau kekurangan sesuatu yang sepatutnya. Ubatan tidak dapat mengimbangkan masalah ini, tetapi penawar alami akan dengan sendirinya mengimbangi beberapa hal dalam badan.


Gula, terutamanya gula terproses, menyebabkan berbagai masalah kesihatan masyarakat moden sekarang. Terlalu banyak gula akan menyebabkan radangan dan ia adalah penyebab utama kebanyakan penyakit yang diketahui. Antara penyakitnya ialah tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, dan juga semua isu sistem imun yang masyarakat kita menderita seperti gout. Penawar alami boleh mengimbangi paras normal asid urik dan memberikan zat nutrisi penting yang pengambilan gula memudaratkan.


Antibiotik, hari ni antibiotik telah di lebih gunakan. Memang adakalanya bagus digunakan. Perkataan antibiotik itu sendiri bermaksud melawan kehidupan dan itulah apa yang dilakukannya. Antibiotik melenyapkan semua organisma dalam badan, termasuk yang baik dan diperlukan oleh kesihatan.


Ramai orang menghadapi masalah dise
babkan oleh ketidakseimbangan microorganism sihat yang diperlukan untuk penghadaman yang baik dan sistem imun yang berkesan. Dan juga, ramai orang yang mengambil antibiotik telah pun menderita dengan sistem imun yang lemah. Penawar alami boleh membantu memulihkan semula sistem pertahanan alami badan kita.

Keseimbangan pH juga sangat penting dijaga seperti mana suhu badan, terlalu tinggi tidak baik dan terlu rendah juga tidak baik. Semua yang tersenarai di atas memberi kesan pada pH dengan meningkatkan keasidan dan kristal asid urik. Lagi tinggi paras asid lagi rendah oksigen dalam badan anda. Sel badan membuat kumbahan berasid dan biasanya dinyah melalui air kencing. pH yang rendah atau tinggi paras asid menyebabkan gout dan juga pengerasan arteri dan radangan sendi dan tisu sel badan.

Paras rendah elektrolit (mineral) disebabkan oleh ubat dadah, diet kurang dan kurang aktiviti. Penawar alami boleh mengatasi masalah ini dengan memberi imbangan paras mineral seperti kalsium, potassium, magnesium dan banyak lagi.

Ini adalah satu pengenalan untuk memberi kesedaran kepada anda bahawa kita hidup sihat dari makanan hidup dan segar, kita tak dapat hidup sihat dari makanan mati atau bahan kimia iaitu dadah dan makanan terproses.

Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:

1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.

2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.

3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

Tanda-Tanda Sakit Gout

Sakit gout biasanya menyerang ibu jari kaki.
Ibu jari yang diserang akan menjadi bengkak kemerahan, panas, dan mengalami sakit yang ketara.
Serangan sakit gout biasanya berlaku secara tiba-tiba.
Bahagian yang diserang akan menjadi sangat sensitif sehingga tiupan angin pun boleh membawa kesakitan
Jika tidak dirawat, bengkat tersebut akan berlarutan berhari-hari sehingga lebih daripada satu minggu.
Kemungkinan besar sakit gout akan menyerang kembali selepas beberapa minggu atau bulan.
Sakit gout juga boleh menyerang pada sendi-sendi lain seperti lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari-jari.

Elakkan makanan seperti berikut :

Antara makanan yang patut di elakkan ialah:-
Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
Daging merah.
Cendawan.
Yis (roti putih, roti manis).

Jika nak senaraikan dengan sepenuhnya jenis makanan yang mengandungi purin, ia mungkin memerlukan beberapa muka surat. Jadi, adalah lebih baik bagi kami memberikan satu senarai makanan secara umum yang lebih senang untuk diingati.

Hampir semua makanan daging yang berprotein mengandungi paras purin yang tinggi. Makanan laut seperti udang, ketam, sotong dan ikan bilis adalah pencetus serangan gout yang utama. Manakala isi ikan besar adalah mempunyai kandugan purin yang lebih rendah dan selamat untuk dimakan oleh pesakit gout.

Daging merah seperti lembu dan kambing turut mengandungi tahap purin yang tinggi. Daging organ dalaman seperti hati dan usus adalah sangat tinggi dalam kandungan purin. Ini adalah kerana hati merupakan tapak pemprosesan di makan purin dipecahkan menjadi asid
urik di dalam badan.

Selain daripada daging, kebanyakan makanan jenis kacang turut mempunyai kandungan protein dan purin yang tinggi, begitu juga dengan cendawan. Jadi, pesaki gout adalah dinasihat supaya kurangkan atau elakkan golongan makanan di atas sehingga tahap asid urik di dalam badan kembali ke tahap normal.

Bijirin Oat adalah seperti jagung dan beras, ia bukan di dalam golongan kacang. Maka, ia adalah selamat untuk dimakan. Kami sentiasa mencadangkan pesakit gout supaya menambahkan pengambilan makan bijirin yang tidak diproses keterlaluan seperti nasi biasa yang telah diputihkan.

Kalau boleh, Anda harus cuba makan Brown Rice yang lebih berkhasiat. Brown Rice mengandungi kulit beras yang kaya dengan Vitamin B dan gentian fiber yang bagus untuk pencernaan. Jika Anda tidak biasa dengan bau Brown Rice, anda boleh mula dengan mencampur dengan nasi putih biasa dan perlahan-lahan kurangkan nisbah beras putih.

Makanan yang baik untuk mengawal dan mengelak dari terkena gout ialah

Nenas
Halia
kunyit
lemon
cili
water chestnut


Bagaimana Shaklee boleh membantu anda?
Pengambilan beberapa supplemen berikut dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan pesakit Gout.

1. Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

2. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

3. Joint Health Tablet - memberi keselesaan kepada sendi

4. OmegaGuard- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

Setiap penyakit adalah dugaan Allah SWT kepada kita. Banyaklah bersolat dan berdoa kepadaNya.

Hubungi kami segera untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada kami, 
gunakan talian HOTLINE !

Monday, January 20, 2014

Ibu Pejabat Shaklee & Senarai Cawangan Seluruh Malaysia

Shaklee HQ di Empire Berpindah - We Are Moving

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA SHAKLEE LOVERS...!!!

HQ Shaklee yang sebelum ini terletak di EMPIRE MALL Subang Jaya akan berpindah ke SUNWAY PINNACLE bermula 25 Ogos 2014 ini.

Bagi yang ingin membeli produk-produk Shaklee secara "walk-in" harap tidak tersilap tempat ye :)

Manakala yang ingin memesan dari saya, macam biasa terus hubungi saya melalui WhatsApp di 
+97336246406 untuk pesanan.

Office Shaklee yang baru kini di Bandar Sunway


Jika anda berdekatan dengan mana2 branch dan ingin pergi membeli sendiri di Shaklee....dan ingin menikmati potongan harga istimewa, anda boleh hubungi saya melalui WhatsApp no. +973 36246 406 atau walk in ke cawangan Shaklee dengan menyatakan

ID kami 144401untuk dapatkan harga ahli


Shaklee Malaysia Home Office

SUNWAY PINNACLE
Shaklee Products (M) Sdn Bhd
Level 9, The Pinnacle,
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 603-5622 3188
Fax : 603-5622 3099 (Corporate)

        603-5622 3199 (Customer Service)
Toll Free : 1800 88 6577

email : support@shaklee.com.my

Business Hours
Monday to Saturday : 10:00 a.m. to 7:00 p.m.


Our Branches
OfficeBusiness HourLocation Map
Kuala Lumpur
No. 32, Jalan Rampai Maju 3,
Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.
Tel : 603-4142 1067
Fax: 603-4142 1027
Monday to Friday:
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Saturday (1st & 3rd):
10:00 a.m. to 7:00 p.m


View Shaklee Kuala Lumpur
in a larger map
Penang
No. 81, 83 & 85, Jalan Todak 6,
Pusat Komersial Sunway Perdana,
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Te l: 604-383 8261
Fax: 604-383 8560
Monday to Friday:
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Saturday (1st & 3rd):
10:00 a.m. to 7:00 p.m


View Shaklee Penang
in a larger map
Ipoh
32, Medan Istana 1,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh.

Tel: 605-241 8260
Fax: 605-241 8263 

Monday to Friday:10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Saturday (1st & 3rd):
10:00 a.m. to 7:00 p.m.



View Shaklee Ipoh
in a larger map
Johor Bahru
14, Jalan Molek 1/10,
Taman Molek,
81100 Johor Bahru.
Tel: 607-352 5188
Fax: 607-352 4188 

Monday to Friday:10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Saturday (1st & 3rd):
10:00 a.m. to 7:00 p.m.



View Shaklee Johor Bharuin a larger map
Kota Bharu 
319, Section 25, Bandar Kota Bharu,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu.
Tel: 609-747 8688
Fax: 609-747 7711 
Sunday to Thursday:10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Saturday (1st & 3rd):
10:00 a.m. to 7:00 p.m.


View Shaklee Kota Bharuin a larger map
Kota Kinabalu 
Lot 4.1, Neutron Point,
Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat,
88300 Kota Kinabalu.
Tel: 6088-393 848
Fax: 6088-393 851

Monday to Friday:10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Saturday (1st & 3rd):
10:00 a.m. to 7:00 p.m.


View Shaklee Kota Kinabalu in a larger map
Shaklee Malaysia juga telah menukar URL laman webnya yang rasmi..iaitu

http://shaklee.com.my


Hubungi kami segera untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada kami, 
gunakan talian HOTLINE ! 0122354363

Saturday, January 18, 2014

Wajah Berseri dan Nampak Muda Sentiasa kenalilah VIVIX

Info Berkenaan Vivix Shaklee:
VIVIX merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.
Keratan Akhbar dan Majalah berkaitan VIVIX





Bagi anda yang tidak hamil/menyusukan anak, cubalah Vivix untuk kesihatan optimum. Sesuai untuk warga tua dan mereka yang mengalami masalah untuk menelan ubat berbentuk pil. Sesuai dijadikan hadiah kepada ibu bapa. Vivix tidak dibenarkan kepada kanak-kanak, wanita hamil, dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

Testimoni 1:




Kebaikan dan Manfaat VIVIX :

1. Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

2. Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

3. Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Alhamdulillah.. Seronok kalau kita sihat dan nampak remaja sentiasa. Betul kan? Jadikan Vivix sebagai Kesihatan dan Kecantikan anda sekeluarga.  

Testimoni 2:

Siapa yang akan dapat manfaat darinya

Vivix adalah satu minuman Polyphenol yang mengandungi kepekatan Polyphenol paling tinggi antara yang sama sepertinya. Kandungan Polyphenolyang tinggi dalam Vivix menyebabkan ia begitu kaya dan sarat dengan ribuan Kebaikan untuk kesihatan.
Apakah Polyphenol dan mengapa manusia memerlukannya? Tidak ramai yang mengetahui bahawa untuk seorang manusia selamat daripada serangan penyakit moden hari ini, Polyphenol adalah satu kemestian setiap hari.
Polyphenol terdapat secara semula jadi dalam tumbuhan dan mengandungiantioxidant yang amat tinggi berbanding sebatian lain.
Antioxidant dalam Polyphenol menghalang serangan radikal bebas dalam sel
sambil meneutralkan sel yang dah kena radikal bebas sebelum ia menjadi kerosakan berantai yang akhirnya menjadi kanser.
Kajian perubatan terkini menunjukkan polyphenol amat baik untuk menyelesaikan masalah berikut :
  • Penuaan Sel
  • Sakit Jantung
  • Imuniti rendah
  • Sakit Sendi
  • Diabetes
  • Masalah kulit
  • Serangan radikal bebas –kanser
  • Masalah Otak dan Mental
Polyphenol lazimnya ditemui dalam tumbuhan yang mana tumbuhan tersebut amat sukar didapati di negara kita terutamanya.
Dengan diet orang kita yang boleh dikatakan tak sihat, Polyphenol amatlah penting, sayangnya kita tidak mendapat polyphenol yang tepat mengikut keperluan tubuh kita.

Kandungan Vivix Shaklee yang menjadikannya sungguh magic.

Selaras dengan penemuan saintifik oleh pakar perubatan dan saintis seluruh dunia, Shaklee menggabungkan 4 tumbuhan yang didapati mengandungi Polyphenol paling tinggi di dunia untuk menghasilkan satu minuman patiResveratrol paling hebat di dunia : Vivix Shaklee.
Vivix terdiri dari 4 ramuan berikut :
1) Polygonum Cuspidatum atau lebih dikenali sebagai Japanese Knotweedyang mengandungi Resveratrol iaitu satu bentuk Polyphenol paling banyak manfaat kesihatan berdasarkan kajian klinikal di seluruh dunia.
Vivix Shaklee
Kajian menunjukkan bahawa Resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan dengan cara mengaktifkan gene longevity pada DNA manusia.
Resveratrol mengurangkan kerosakan pada DNA manusia sambil memperbaiki DNA dari sebarang bentuk kerosakan yang di alami.
Kerosakan DNA adalah merupakan punca utama kepada masalah penyakit moden seperti Diabetes, Penyakit Jantung dan juga Kanser.
Oleh itu Resveratrol adalah amat baik dalam usaha untuk:
  • Mengurangkan risiko serangan penyakit jantung.
  • Mengurangkan komplikasi diabetes
  • Mengurangkan arthritis dan menyokong Sendi Sihat.
  • Mengurangkan risiko Nyanyuk / Alzheimer
  • Menggalakkan pernurunan berat badan (jika diambil dengan cara yang betul)
  • Menggalakkan kulit yang cantik dan berseri.
Muscadine Grape adalah anggur bersaiz besar (hampir sebesar bola golf) yang merupakan key ingredient dalam Vivix Shaklee. Ia mengandungi spektrum penuh Polyphenol iaitu Resveratrol dan Quercetin.
Vivix Shaklee
Anggur ini berbeza dari anggur species lain kerana ia mengandungi Ellagic Acid dan Ellagitannins di mana apabila kedua ini bergabung dengan 2 polyphenol di atas, menghasilkan sebatian ANTIOXIDANT paling hebat.
Oleh kerana itu, Muscadine Grape ini juga dikenali sebagai Super Grape yang memberikan manfaat Kebaikan berikut :
  • Menurunkan risiko Serangan Jantung.
  • Mengurangkan Kedutan kulit dan menggalakkan kulit yang cantik.
  • Menurunkan risiko Bronchitis dan Asthma
  • Menyokong Sendi Sihat
Rajah berikut menunjukkan betapa tingginya kandungan antioxidant dalam Anggur Muscadine berbanding dengan buah-buahan lain yang lazim dijadikan supplement antioxidant.
Vivix Shaklee
3) Purple Carrot atau Lobak Ungu yang diperkaya Anthocyanin. Lobak ungu amat kaya dengan Anthocyanin yang bertindak sebagai anti-inflammatory atau anti keradangan yang menjadikannya amat baik dalam rawatan Arthritis.
Vivix Shaklee
Lobak ungu juga kaya dengan manfaat antiviral, antiseptic dan antimicrobial.
Di samping mengandungi anticarcinogens and betacarotenes, Lobak Ungu juga kaya dengan phytochemicals seperti carotenoids, polyacetylenes, isocoumarins, phenolics and sesquiterpenes.
Lobak ungu amat baik untuk merawat:
  1. Arthritis
  2. Kanser
  3. Meningkatkan Imuniti
  4. Memperbaiki Penglihatan
  5. Merawat jangkitan bakteria dan virus – Flu, Measles dan juga jangkitan saluran kencing.
  6. Membekalkan serat tinggi dan merawat saluran pencernaan
Begitu banyak manfaat lobak ungu dan amat cemerlang bila digabung bersama tumbuhan lain dalam Vivix.
4) European Elderberry adalah tumbuhan berries yang lazim dijadikan ubat untuk merawat Flu termasuk Influenza. Ia juga mengandungi Anthocyanin yang tinggi dan digunakan sekian lama untuk merawat pelbagai masalah kesihatan termasuk cancer.
Vivix Shaklee
Juga amat membantu dalam mengatasi masalah pernafasan seperti Bronchits dan Asthma

Harga Vivix Shaklee yang paling Jimat dan Murah

Harga Vivix Shaklee pada hari-hari biasa ialah RM475 sebotol termasuk kos poslaju secara cold shipping ke seluruh Malaysia. Satu botol boleh diambil sehingga 2  bulan.
Kenapa perlu cold courier? Kerana Vivix Shaklee tidak mengandungi sebarang penstabil dan pengawet, di mana ia boleh rosak sekiranya terdedah kepada suhu tinggi. Di Shaklee sendiri Vivix disimpan dalam persekitaran sejuk.
Sebelum kami nak mengumumkan OFFER HARGA JIMAT SUPER MURAH VIVIX SHAKLEE kepada pembaca, suka kami nak berkongsi tentang Harga Vivix.
Ye ramai yang mendakwa Harga Vivix Mahal. Fakta penting yang anda perlu tahu :
  • Sebiji anggur muscadine dijual dengan harga RM100 di Suria KLCC
  • Satu sudu Vivix Shaklee pula mengandungi 6000 orac antioxidant
  • Satu sudu Vivix Shaklee mengandungi Resveratrol bersamaan 100 gelas jus Resveratrol
Vivix Shaklee
Hanya dengan Vivix Shaklee satu sudu setiap hari anda boleh menyelamatkan diri anda dari serangan penyakit moden yang merupakan pembunuh utama manusia di dunia hari ini.
Testimoni 3 :

SEMBUH DIABETES DENGAN VIVIX

Testimoni 4 :



Testimoni 5 :



Ingin dan mahukan perkhidmatan dan konsultant, hubungi kami segera :

Oerder je secara ONLINE ! KLIK je di sini !
Perhatian : Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendignose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan adalah digalakkan mendapat nasihat daripada pakar kesihatan terlebih dahulu.

Wednesday, January 15, 2014

Penawar Sakit Kepala dan Migrain

Saya ni jarang sakit, setahun nak demam sekali pun susah. Tapi, boleh dikatakan saya ni kerap sakit kepala. Bila stress sakit kepala, datang period sakit kepala, tengah-tengah period sakit kepala, nak habis period pun sakit kepala. Pantang sakit kepala sikit, telan panadol (ooohhh, betapa jahilnya diriku dulu. MODE: menyesal). Bila dah lama-lama tu, dah banyak membaca, tahap kesedaran mula timbul, tentang kesan sampingan ubat/drug dan semenjak itulah saya mula menjauhkan diri dari panadol. Takdela sakit kepala jer telan panadol. Kalau dah tak tahan sangat macam nak pengsan, barula telan sebiji.
Kawan sekerja pernah saya suruh saya pergi check dekat doktor, sebab selalu sakit kepala kan. Tapi, malas la nak pergi check, nanti sah-sah doktor bagi ubat jer kan.
Itu dulu, sebelum saya mengamalkan supplemen Shaklee. Tapi sekarang ni, supplemen Shaklee adalah penawar saya. Sakit kepala yang teruk macam dulu-dulu pun dah tak menyerang lagi, syukur sangat dah tak perlu suffer dan ambil panadol. Ini bukan sekadar propa untuk melariskan produk yer, sekadar berkongsi pengalaman saya untuk sesiapa yang mempunyai masalah yang sama supaya kita tak perlu bergantung kepada panadol atau pain killer yang boleh memberi kesan sampingan kepada badan kita kelak.
Jenis dan Punca Sakit Kepala
Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
  • Sakit kepala kerana tekanan 
  • Sakit kepala kerana sinus 
  • Sakit kepala kerana migrain 
1) Sakit kepala kerana tekanan 
Disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.
2) Sakit kepala kerana sinus 
Disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.
3) Sakit kepala kerana migrain 
Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
  • Kekurangan zat dan nutrisi 
  • Faktor keturunan 
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan 
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid 
  • Terlalu banyak mengambil kafein 
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat 
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.
Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain atau sakit kepala.
Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.
Cadangan Supplemen Shaklee untuk Masalah Sakit Kepala dan Migrain
Ostematrix
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.
 
B-Complex
 
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
Bagi penderita migrain dan sakit kepala, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain dan sakit kepala. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbangkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

Hubungi Kami Segera untuk dapatkan perkhidmatan dan konsultant: