Tuesday, September 2, 2014

Rahsia Kecantikan dan Kesihatan Wanita Perancis

Dalam pencarian rahsia kecantikan wanita, alhamdulillah saya terjumpa satu buku yang menceritakan tentang rahsia kecantikan wanita Perancis bagi pencinta makanan seperti saya. Di dalam buku ini menceritakan, walaupun setiap hari mereka makan roti, pasta dan pengambilan makanan berat tiga kali sehari, mereka sentiasa cantik dan jelita. Gile kentang enjoy makan tapi tetap maintain cantik macam chef2 kat dalam tv tu.

Seringkali kita disogok oleh kawal cara pemakanan dengan cara mengambil contoh cara kawalan pemakanan iaitu makan 3 kali sehari namun dengan sukatan tertentu dan pilihan makanan tertentu. Haaa..betul tak? saya sendiri masih mengamal konsep tersebut. Kita seringkali mendengar persoalan ini kemudian menjadi satu trend kepada wanita-wanita yang ingin menjaga berat badan (termsuk saya juga) pilih dan kawal, akhirnya kecundang.

Jom kita tengok sipnosis yang diceritakan di dalam buku ini yang menceritakan diet wanita Perancis – bagi mereka yang ingin kurus tapi tidak dapat mengawal nafsu makan.



Stylish, convincing, wise, funny, and just in time: the ultimate non-diet book, which could radically change the way you think and live – now with more recipes.French women don’t get fat, even though they enjoy bread and pastry, wine, and regular three-course meals. Unlocking the simple secrets of this “French paradox” – how they enjoy food while staying slim and healthy – Mireille Guiliano gives us a charming, inspiring take on health and eating for our times. For anyone who has slipped out of her Zone, missed the flight to South Beach, or accidentally let a carb pass her lips, here is a positive way to stay trim, a culture’s most precious secrets recast for the twenty-first century. A life of wine, bread – even chocolate– without girth or guilt? Pourquoi pas?

Apa yang tertariknya pada permulaan pembacaan, saya amat teruja dengan ayat A life of wine, bread – even chocolate – without girth or guilt? Apa yang dimaksudkannya? Dan ada juga comment love dari pembaca yang menyatakan :

The magic tonic American women have longed for a commonsense approach to eating that doesnt require long periods of self-deprevation or iron will. by Minneapolis Star Tribune.

Akhirnya persoalan ini terjawab – rahsia mereka terkandung di dalam wain merah (red wine). Rupa-rupanya dalam red wine yang mereka minum itu ada khasiat tersembunyi yang membantu mengekalkan kecantikan dan kesihatan mereka. Haa..tapi jangan gatal pulak nak minum arak tu..HARAM tau…huhuhuhuhu…

Sebenarnya didalamnya red wine ini, mengandungi satu element yang berkhasiat yang dipanggil resveratrol. Inilah elemen yang memberikan manfaat kesihatan kepada wanita Perancis. Meskipun tabiat pemakanan yang tidak sihat, mereka tidak mendapat masalah kecantikan, kegemukan dan juga masalah penyakit metabolik seperti diabetes, coronary heart disease dan sebagainya. Nak tau lebih lanjut tentang resveratrol, boleh click di sini.

Ok sambung balik dengan buku tadi, kebanyakan buku yang dijual adalah mengenai pengamalan diet. Itu tak boleh, ini tak boleh dan kebanyakannya menceritakan penjagaan makanan yang sangat ketat dan wajib pergi ke gym…Oh ruginya tidak dapat menikmati makanan yang sedap-sedap. Di dalam buku ini menceritakan 4 fasa yang perlu ditempuh sebelum anda dapat menikmati apa yang anda idamkan. Fasa yang dimaksudkan ialah :

  • Fasa pertama “Wake up call“
  • Fasa ke-dua “Recasting“
  • Fasa ke-tiga “Stabilization“
  • Fasa ke-empat “The rest of your life“
Hmm….bila dah baca keseluruhan buku baru saya faham, sebenarnya sama je makanan france ke makanan melayu kita yg sedap-sedap ni. Rugilah kalau tak makan dan tidak menikmatinya. Boleh je kita makan semua yang penting kita tahu macam mana dan bagaimana nak selesaikan. Kalau nak baca lebih lanjut boleh beli buku ni kat MPH ataupun online.

Saya dah jumpa bagaimana caranya. Anda bagaimana? 

No comments:

Post a Comment