Jom kita tengok kupasan pasal Alahan Makanan ni.
Kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan yang dianggap berbahaya kepada badan.
Adalah dianggarkan, 2% kanak-kanak mengalami alahan makanan (lebih tinggi dikalangan kanak-kanak yang lebih muda iaitu sebanyak 5-8%). Kebanyakan kanak-kanak akan hilang alahan makanan apabila mereka meningkat dewasa.
Walau bagaimanapun, sesetengah alahan seperti alahan kepada kacang tanah dan kerang-kerangan mungkin akan berlanjutan sepanjang hayat. Dikalangan orang dewasa, kejadian alahan makanan berkurangan kepada anggaran 1% daripada populasi keseluruhan.
Apakah jenis makanan yang biasanya menyebabkan alahan?
Antara makanan yang biasanya menyebabkan alahan adalah:
Gejala alahan biasanya berlaku dengan cepat dalam tempoh beberapa minit hingga kurang dari 2 jam selepas makan. Kadang-kala tanda-tanda alahan terjadi selepas beberapa jam makanan di makan.
Tanda dan gejala alahan makanan termasuklah:
Ada.
- Memberi rawatan untuk tindak balas yang teruk daripada pendedahan secara tidak sengaja kepada mangsa, termasuklah:
- Menyuntik diri sendiri dengan adrenalin/epinephrin menggunakan jarum atau pen khusus yang disediakan.
- Dapatkan rawatan perubatan kecemasan dengan segera. Kebiasaannya ubat-ubatan seperti antihistamin, 'bronchodilator' (ubat membuka saluran pernafasan) dan steroid, alatan pembuka saluran pernafasan (insertion of airway) juga cecair intravena diperlukan dalam rawatan alahan.
- Memberi makanan yang menyebabkan alahan dalam kuantiti yang amat sedikit dengan beransur-ansur(desensitising) pernah digunakan tetapi ianya bukanlah rawatan piawaian yang diluluskan.
Penyusuan susu ibu akan mengurangkan risiko alahan makanan. Oleh itu, penyusuan susu ibu sepenuhnya perlu dilakukan sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 6 bulan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah positif alahan makanan dalam keluarga.
Shaklee juga mempunyai rangkaian produk yang dapat mengurangkan rengsa alahan yang dialami oleh mereka yang mempunyai alahan terhadap makanan tertentu. Berikut adalah supplemen-supplemen Shaklee yang dicadangkan untuk mengurangkan masalah alahan makanan ;-)
Fungsi-fungsi setiap supplemen (Skin care set + Alfalfa):
* B-complex - berperanan sebagai anti stress, terdpt juga fungsi detoksifikasi utkk mgurangkan alahan, menukarkan makanan kepada tenaga & mengurangkan sakit kepala
* Vita-C - membantu menguatkan sistem imun, membantu mencegah jangkitan dan selsema.
* Vita-E - antioksida, mengurangkan inflamasi kulit, menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas, mengurangkan risiko sakit jantung, anti-penuaan.
* Alfalfa - mencuci hati, darah & usus, melawan alahan,memperbaiki masalah saluran penghadaman & merawat keputihan.
Apakah itu alahan pemakanan?
Kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan yang dianggap berbahaya kepada badan.
Berapa kerap ia berlaku?
Adalah dianggarkan, 2% kanak-kanak mengalami alahan makanan (lebih tinggi dikalangan kanak-kanak yang lebih muda iaitu sebanyak 5-8%). Kebanyakan kanak-kanak akan hilang alahan makanan apabila mereka meningkat dewasa.
Walau bagaimanapun, sesetengah alahan seperti alahan kepada kacang tanah dan kerang-kerangan mungkin akan berlanjutan sepanjang hayat. Dikalangan orang dewasa, kejadian alahan makanan berkurangan kepada anggaran 1% daripada populasi keseluruhan.
Apakah jenis makanan yang biasanya menyebabkan alahan?
Antara makanan yang biasanya menyebabkan alahan adalah:
Susu lembu.
Telur.
Kacang soya.
Gandum.
Kacang tanah, tree nuts (walnut, kacang hazel).
Makanan laut, kerang-kerangan (contoh : udang, ketam, kepah).
Beberapa bahan pewarna dan bahan perasa.
Bilakan seseorang itu disyaki mengalami alahan makanan?
Gejala alahan biasanya berlaku dengan cepat dalam tempoh beberapa minit hingga kurang dari 2 jam selepas makan. Kadang-kala tanda-tanda alahan terjadi selepas beberapa jam makanan di makan.
Tanda dan gejala alahan makanan termasuklah:
- 'Angioedema' (kebengkakan muka, bibir, lidah, di sekitar mata).
- Kesukaran bernafas dan berdehit.
- Ruam kulit yang gatal termasuklah tompok-tompok merah (urticaria).
- Rasa loya, muntah dan cirit-birit.
- Perut yang sakit dan memulas.
- 'Colic' (sakit perut) dikalangan bayi.
- Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, kebengkakan dalam mulut dan kerongkong, tekanan darah rendah, kejutan (shock) malah boleh mendatangkan kematian. Gejala ini biasanya berlaku dengan cepat dalam jangka masa beberapa minit hingga beberapa jam selepas pengambilan makanan.
Gejala yang sama boleh berlaku dalam intoleransi terhadap makanan (food intolerance) dan penyakit-penyakit lain. Maka pemeriksaan doktor perlu dilakukan untuk membuat diagnosa yang tepat.
Apakah kesannya?
Gejala dan sakit mungkin di tahap sederhana tetapi kadang-kala gejala serius seperti anafilaksis boleh berlaku iaitu saluran pernafasan tersekat dan sistem jantung tidak berfungsi. Ini boleh membawa maut.
Pengelakkan beberapa jenis makanan boleh menyebabkan kekurangan zat makanan tertentu sekiranya makanan tambahan tidak diambil, contohnya kekurangan kalsium boleh berlaku jika semua produk susu dikeluarkan daripada pemakanan kanak-kanak yang alah kepada susu lembu.
Tumbesaran terbantut dan ia boleh berlaku sekiranya banyak kumpulan makanan dihadkan.
Bagaimana alahan makanan dikenal pasti?
Adalah terbaik berjumpa doktor untuk mengenal pasti alahan makanan. Jangan sesekali membuat ujian sendiri untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan boleh mencetuskan alahan. Sesetengah ujian darah untuk mengesan tahap antibodi (IgE) atau 'ujian suntikan kulit' (skin prick test) boleh dilakukan oleh doktor untuk membantu mengenal pasti alahan tertentu.
Adakah sebarang rawatan untuk merawat alahan makanan?
Ada.
Antara langkah-langkah yang berkesan adalah:
- Dalam kes yang telah dikenal pasti, elakkan makanan yang menyebabkan alahan. Dapatkan nasihat Pegawai Dietitik jika perlu untuk mengelakkan kekurangan zat makanan.
- Memberi rawatan untuk tindak balas yang teruk daripada pendedahan secara tidak sengaja kepada mangsa, termasuklah:
- Menyuntik diri sendiri dengan adrenalin/epinephrin menggunakan jarum atau pen khusus yang disediakan.
- Dapatkan rawatan perubatan kecemasan dengan segera. Kebiasaannya ubat-ubatan seperti antihistamin, 'bronchodilator' (ubat membuka saluran pernafasan) dan steroid, alatan pembuka saluran pernafasan (insertion of airway) juga cecair intravena diperlukan dalam rawatan alahan.
- Memberi makanan yang menyebabkan alahan dalam kuantiti yang amat sedikit dengan beransur-ansur(desensitising) pernah digunakan tetapi ianya bukanlah rawatan piawaian yang diluluskan.
Apakah strategi pencegahan?
Penyusuan susu ibu akan mengurangkan risiko alahan makanan. Oleh itu, penyusuan susu ibu sepenuhnya perlu dilakukan sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 6 bulan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah positif alahan makanan dalam keluarga.
Peringatan
Berhati-hati dengan bahan-bahan yang tersembunyi dalam produk makanan yang mungkin tidak dinyatakan pada label makanan.
Tindak balas silang terhadap makanan boleh berlaku seperti alahan terhadap udang, udang karang dan ketam.
Beri peringatan kepada kanak-kanak yang bersekolah mengenai masalah alahan mereka dan pihak sekolah perlu dimaklumkan. Perancangan khusus perlu disediakan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Shaklee juga mempunyai rangkaian produk yang dapat mengurangkan rengsa alahan yang dialami oleh mereka yang mempunyai alahan terhadap makanan tertentu. Berikut adalah supplemen-supplemen Shaklee yang dicadangkan untuk mengurangkan masalah alahan makanan ;-)
Fungsi-fungsi setiap supplemen (Skin care set + Alfalfa):
* B-complex - berperanan sebagai anti stress, terdpt juga fungsi detoksifikasi utkk mgurangkan alahan, menukarkan makanan kepada tenaga & mengurangkan sakit kepala
* Vita-C - membantu menguatkan sistem imun, membantu mencegah jangkitan dan selsema.
* Vita-E - antioksida, mengurangkan inflamasi kulit, menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas, mengurangkan risiko sakit jantung, anti-penuaan.
* Alfalfa - mencuci hati, darah & usus, melawan alahan,memperbaiki masalah saluran penghadaman & merawat keputihan.
No comments:
Post a Comment