Monday, September 9, 2013

ESP SHAKLEE

SOALAN POPULAR MENGENAI ESP SHAKLEE

Ada apa yang istimewa dengan ESP Shaklee sehinggakan semua para pelanggan sangat mendambakannya?

Jika anda adalah salah seseorang yang amat mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA sepanjang hari, ESP Shaklee adalah jawapan yang anda cari-cari selama ini.

Ini kerana ESP SHAKLEE ADALAH HOT SELLING / BEST SELLER/ POPULAR PRODUCT/ HIGH ON DEMAND dalam banyak-banyak produk Shaklee!

Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Semuanya akan terjawab apabila anda membaca artikel ini sepenuhnya. Bacalah dengan teliti dan tekun, rangkuman 10 Soalan Popular mengenai faedah dan kebaikan Energizing Soy Protein atau ESP Shaklee ini untuk anda.




10 soalan berkaitan ESP:

1. Apa itu Energizing Soy Protein atau ESP?

2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa?

3. Berapa harga satu canister ESP?

4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?

5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP?

6. Apa rasa ESP sebenarnya?

7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?

8. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa?

9. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?

10. Bagaimana saya hendak order ESP ini?


SUMBER

1. Apa itu Energizing Soy Protein atau ESP?

Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa?

Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP. Sebenarnya, kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah berbeza kepada setiap individu. Sekiranya anda ada bajet tertentu, harga Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Paling penting, bagi menjamin keberkesanan dan susu bertambah, kekerapan penyusuan haruslah dalam tempoh setiap 3-4 jam dan tujuannya supaya payudara dapat dikosongkan.

3. Berapa harga satu canister ESP?
Harga ESP bagi Semenanjung ialah RM150. Manakala bagi Sabah dan Sarawak ialah RM155.
(Sila hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa).

4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?

Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?

Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.

Sesuai untuk semua lapisan:

1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.

2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!

3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.

4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!
DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

6. Apa rasa ESP sebenarnya?
ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya, ada pelbagai resepi ESP lain yang boleh dicuba: Resepi ESP (klik sini)

7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?

Insha-Allah, penghantaran mengambil masa 1-4 hari bekerja bergantung kepada kawasan anda.

8. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa?
Boleh. Anda boleh mengambil kedua-duanya sekali jika anda mahu dan berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikan dan kelebihan lain yang baik untuk kesihatan anda.

9. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
Membantu pembentukan sel-sel baru.
Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia 1 tahun ke atas & keluarga.
Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.

TAHUKAH ANDA?

25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.

Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.

Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:

SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM

Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem. Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.

Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.
Setiap hari, anda akan makan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein bukan? Seperti ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan banyak lagi.

TETAPI,

Tahukah anda yang sebenarnya PROTEIN ini sangat MUDAH TERMUSNAH apabila dikenakan SUHU TINGGI? Contohnya anda goreng ikan. Berapa banyak PROTEIN yang tinggal? Anda tak tahu kan? JADI, apa kata anda ambil ESP sebagai sumber PROTEIN yang lebih berkualiti. Oh! Semestinya ESP mematuhi kriteria pemilihan soya yang selamat. Paling penting, ESP sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN dan sentiasa MESRA ALAM. RAMAI YANG TELAH MERASA KEBAIKAN DAN BETAPA BAGUSNYA ESP SELEPAS MENGAMBIL SECARA KONSISTEN SELAMA 3 HINGGA 4 MINGGU. Ada yang kata, kulit makin licinlah, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang gugur, susu makin banyak, suami makin sayang dan macam-macam lagi!

10. Bagaimana nak order ESP?

Anda cuma perlu hubungi kami dengan kadar segera  melalui talian hayat kami :


Elakkan diambil semasa ibu mengandung

Elakkan diambil semasa ibu mengandung

Semua ibu menginginkan suasana kehamilan yang ceria dan bertenaga, agar dapat membekalkan nutrisi dan persekitaran positif kepada kandungan. 

Sebab itulah set ibu hamil/ mengandung (klik di sini) merupakan antara produk tip top Shaklee. 

Namun, sama seperti ubat- ubatan lain: penggunaan supplement Shaklee bagi ibu mengandung tetap terbatas. Kali ini saya nak share dengan ibu2 semua: 

Supplements/ Vitamin yang PERLU DIELAKKAN oleh ibu mengandung: 

ALFALFA: 

- ia adalah sejenis herba, antara kemungkinan yang tidak diingini adalah berlakunya kontraksi awal. Namun bagi ibu yang tandem nursing semasa hamil, anda dibolehkan mengambil alfalfa tetapi dengan langkah berjaga- jaga

VITAMIN A/ Caratomax: 

- Pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000IU sehari 

VITAMIN E: 

- vitamin E sebenarnya dapat menguatkan rahim (bagus untuk ibu hamil) tetapi pengambilannya perlu dikawal. Penggunaan vitamin E semasa hamil perlu mendapat nasihat doktor anda. 

Antara vitamin-vitamin lain yang PERLU DIELAKKAN ibu mengandung: 
Secara ringkasnya: 

1. Vitamin E, Caratomax, GLA dan nutriferon adalah antara supplement yang mempunyai sifat antioksidan yang tinggi dan seterusnya boleh memberikan risiko keguguran. 

2. Garlic, Ginger, Alfalfa dan Vivix pula mengandungi rumusan tradisional dan herba, jadi ia bersifat panas. 

Kedua- dua sebab ini antara sebab utama mengapa perlu dielakkan oleh ibu mengandung, kerana dikhuatiri/dibimbangi  boleh membawa mudarat kepada bayi yang dikandung. 

Berkenaan risiko keguguran pula, pada awal kehamilan(Trimester 1), antibodi ibu sebenarnya direndahkan bagi memberi jalan kpd pelekatan benih & kehadiran sel baru (bayi). 

Jadi, pengambilan supplement yang bersifat antioksidan yang tiggi akan menyebabkan antibodi kita meningkat. Pada waktu itu, badan ibu akan menganggap 'sel baru'(bayi) sebagai bendasing, dan akan cuba untuk 'reject' benda tersebut. Na'uzubillahiminzalik. 

Namun jika ibu2 hamil benar2 terpaksa mengambil supplement di atas ini,bolehlah anda merujuk dahulu kepada doktor pakar masing- masing. 

Hubungi kami untuk maklumat lanjut: 

talian HOTLINE - 012 2354363 !


Set Ibu Mengandung Shaklee

Set Ibu Mengandung Shaklee

Tiada yang paling menggembirakan melainkan apabila pasangan mendapat khabar tentang berita kehamilan. Mendapat zuriat adalah antara anugerah tak ternilai dari tuhan, selain turut melambangkan kasih sayang dan meneruskan zuriat orang tercinta.

Bagi bakal ibu muda, pastikan khabar gembira ini akan memberikan rasa cuak juga kan? Yelah, baru sahaja berpindah tanggung jawab daripada seorang anak kepada isteri-->kini beranjak pula daripada tugasan isteri kepada ibu !

Untuk itu, kesihatan ibu amat penting bukan sahaja kepada dirinya sendiri, malah anak yang dikandungkan. Regular check- up dan rawatan berterusan amat penting ya. Dan buat ibu, sediakan mental dan fizikal yang kekal sihat !

Shaklee menyediakan set supplement yang lengkap kepada semua bakal ibu: antara set yang HOT dalam Shaklee c:

Set J-1: bagi trimester 1

- Vita Lea multivitamin
- Vitamin B complex
- vitamin C
- Ostematrix@ calcium

set J-2: bagi trimester II dan III

- Vita Lea multivitamin
- Vitamin B complex
- vitamin C
- Ostematrix@ calcium
- Omega Guard


* kedua- dua set ini berfungsi bagi memastikan diet ibu lengkap dengan nutrisi2 penting supaya badan ibu kekal sihat dan bertenaga. 

* Setiap apa nutrisi yang ibu makan, itulah yang akan diberikan kepada kandungan. Jadi, supplement ini bertindak sebagai sokongan dan 'top -up' kepada nutrisi pemakanan yang diperoleh ibu.

* Seterusnya, membantu dalam tumbesaran bayi dan menapatkan kandungan yang sihat

* amat disarankan pengambilan ESP bersama set2 di atas c:
Vita Lea Multivitamin

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan dan kaya dengan zat besi (iron)

Zat besi (iron formula), penting bagi pembentukan sel darah merah
- meningkatkan Haemoglobin (Hb) ke paras normal 
- mengurangkan risiko anemia ketika mengandung

Antara ciri2 anaemia atau kurang darah adalah lesu, cepat letih, dada berdebar2,wajah pucat, sakit kepala/pening dan mudah pitam.Pengambilan vita lea dapat mengurangkan masalah2 di atas.

Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal

Sangat2 dicadangkan terutama bagi ibu yang tidak boleh tolerate (atas sebab tertentu) tablet2 hematinik hospital atau ubat tambah darah lain seperti obimin atau iberet plus

Vitamin B complek 

lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan vitamin B

Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida' (ibu perlukan 400mg asid folik sehari)

Sangat2 dicadangkan pengambilan asid folik seawal 3bulan sebelum kehamilan bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung

Vitamin C slow release

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan

Penting untuk pembentukan salur darah, kulit,gusi dan gigi yang sihat 

Membantu dalam penghadaman zat di samping meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 

Disarankan pengambilan bersama Vita-lea kerana mampu meningkatkan kadar penyerapan iron , bagi pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Ostematrix/ calcium

Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. 

Setiap 1 biji Ostematrix mengandungi 250mg kalsium. Cadangan keperluan: 1000mg-1300mg sehari bagi ibu mengandung

Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannyaVitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. 

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi, pembentukan tulang bayi, pembentukan darah membeku dengan sempurna kepada kedua2 ibu dan bayi.

Fungsi lain:membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Bagi sesetengah ibu hamil, ia mampu melawaskan sistem pencernaan dan boleh mngurangkan morning sickness.

Apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi. Kesan jangka pendek adalah kerosakan pada gigi ibu sendiri manakala kesan jangka panjang dalah risiko mendapat osteoporosis di usia tua nanti.

Kebaikan ostematrix, ia tiada lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. 

Omega Guard

Membantu pembentukan sel otak janin: dibenarkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2)

kajian menunjukkan anak-anak yang ibunya mengambil suplemen Omega-3 
- mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan
- kemampuan berbicara lebih cepat
- lamanya waktu berbicara dan jumlah kosa kata yang mereka miliki lebih banyak berbanding dengan kanak-kanak yang 
ibunya tidak mengambil Omega-3.

ESP dan kehamilan?? 

ESP seperti biasa tetap merupakan antara HOT ITEM pengguna Shaklee. ESP adalah protein non GMO Shaklee untuk SEMUA GOLONGAN. Pilihan bijak untuk diambil para ibu ketika mengandung dan sesudah bersalin!! c:

Khasiat ESP semasa hamil merangkumi:

1) Memberikan anda bertenaga sepanjang hari selama mengandung
2) Menjadikan anda kenyang dan ia juga meningkatkan metabolisme badan
3) Memastikan kesihatan ibu di tahap yang optimum
4) Kulit bayi apabila dilahirkan nanti akan kelihatan cantik, halus dan gebu tanpa sebarang masalah kulit
5) Membantu perkembangan fetus
6) Membantu meningkatkan paras kolesterol baik & ia juga baik untuk kesihatan jantung
7) Membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik

TESTIMONI 1:

TESTIMONI 2:
Ada juga yang berasa risau dan bertanya kepada saya sebelum ini: kenapa banyak sangat saya kene ambil vitamin?? 

Jangan risau,anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma. Semua individu adalah istimewa dan lain dari yang lain, jadi keperluan anda juga mungkin sedikit berbeza !

Hubungi kami segera di talian HOTLINE - 012 2354363 !


Thursday, August 15, 2013

OMEGA GUARD BAGUS UTK KUATKAN MINDA DAN INGATAN ANAK2

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Harini saya nak share tentang omega shaklee tgh hot promo OMEGA GUARD harga runtuh betul bulan ni. Malah anak saya Qaireen umur 2 tahun juga saya bagi consume juz 2 kali seminggu dan die memang sukakannya. Siap mintak lagi lepas habis sebiji tu. Tapi tak bolehlah nak bagi lelebih budak2 ni...

Apa yang saya perasan anak saya cepat belajar dan bijak je apa yang kita cakap cepat faham. Alhamdulillah bila tengok perkembangan anak ni .Omega memang amat bantu utk kecerdasan otak dan minda anak2. So pada ibu bapa yg ada anak setahun ke atas dah boleh bagi omega gurd ni sebagai makanan tambahn mereka

  • Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
  • Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.

Ni antara kebaikan omega guard utk setahun.

26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan
otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
(lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout
Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia- Mengurangkan tekanan emosi- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan- Membantu memperbaiki masalah autism- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive- Mengurangkan masalah schizophrenia- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak 
Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?
1. Warga Emas2. Pesakit Jantung3. Wanita4. Wanita yang telah melahirkan anak5. Pesakit darah tinggi6. Orang yang selalu lupa7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas8. Pelajar9. Ibu menyusu10. Ibu Hamil11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus
* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. 

Ingin mencuba dan mencari produk Kesihatan Shaklee???Jom order online je..


Alternatif merawat anak selsema, demam dan batuk

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.   

Musim panas ni anak-anak selalu sangat batuk, selsema, demam..bukan anak2 je, ibu bapa nye skali pon sama hehe..tapi nk gi klinik rasa malas sbb takdalah teruk sangat..lagi pun tak elok bagi ubat bnyk2 kat anak2 ni..dalam entry adaa sblm ni Say NO to drugs: Ubat batuk, selesema tak sesuai untuk kanak2 bawah 2 tahun dah diterangkan kenapa..
Sebenarnya, agak susah bagi doktor untuk mencadangkan ubat yang sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami batuk dan selsema. Antara sebabnya:



1. Sekiranya jangkitan yang disebabkan virus, antibiotik tidak sesuai kerana antibiotik dicipta untuk membunuh bakteria. Antiviral pula memang dicipta untuk membunuh virus tapi ada kesan sampingan yang merbahaya. Jadi, ia tidak diluluskan sebagai ubat untuk merawat gejala selsema batuk ini.

2. Nasal spray pun tidak sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak.

3. Ubat batuk pula sebenarnya tidak sesuai untuk kanak-kanak especially yang berumur 2 tahun ke bawah. Sememangnya ada kajian menunjukkan ia gagal menyembuhkan batuk kanak-kanak.

So, kali ni nk share bagaimana nak merawat anak-anak yang demam, selsema dan batuk secara natural dan dengan shaklee~~

Secara Natural:

1- Bagi kanak-kanak yang tidak lagi menyusu, banyakkan meminum air suam.

2- Apabila mandikan anak, mandikannya dengan air suam.   

3- Banyakkan menghidu udara lembap atau udara berwap. Caranya ialah, pasangkan air shower panas di dalam bilik air, pastikan pintu bilik air sentiasa tertutup dan anda akan dapati seluruh bilik air akan berwap dan lembap. Dukung anak anda untuk beberapa minit bagi membolehkan si anak menghirup udara berwap itu tadi. Jika tiada shower, air panas yang dimasak di dapur, masukkan dalam baldi di bilik air juga pasti menjadikan bilik air berwap.  

4- Tepuk belakang anak 11 kali di belakang dan di hadapan. Tepuk secara perlahan-lahan dengan membuat lohong seperti gambar ini: Ini bagi melonggarkan kahak dan supaya ia jatuh dan keluar melalui najis ataupun muntah. Saya rasa lega kalau anak saya muntah kerana kahaknya pasti keluar juga.



Ini pula tips oleh ibu addinnasa:

Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari.

Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. 

Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi :) Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap .... 
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. .


Dengan Shaklee:

1. Jika selalu selesema, boleh cuba berikan Mealshake pada anak berusia 2 tahun ke atas..tak perlu hari2 pon..3-4 kali seminggu dah memadai..campur je dlm susu, satu sudu kecil..sedap sbb Mealshake ni perasa vanila dan sgt wangi..didatangkan dalam bentuk serbuk, lengkap dengan kandungan multivitamin dan protein..jadi senang lah nak bagi :). Ini testimoni dari salah seorang customer Shaklee yang mengambil Mealshake untuk anaknya..credit to Tuty

Puan Zana :
Beliau memang berpuas hati sebab anaknya yang sulung selalu akan selesema di pagi hari dan sejak mengambil Meal Shakes, selesemanya hilang dan paling seronok kerana antibodi anaknya semakin meningkat. Sepupunya kena demam campak tapi Puan Zana gembira kerana anaknya tidak dijangkiti. Beliau bercadang untuk membeli lagi selepas stok habis.

2.Untuk bayi/ anak2 yang masih breastfeed, susu ibu adalah penawar terbaik dengan syarat ibunya mengambil makanan yang bersesuaian dan berkhasiat lah..contohnya, jika anak demam/selsema/batuk, ibu boleh ambil 2 biji vitamin C dan dipatahkan dua(satu tablet mengandungi 500mg Vitamin C, setiap 100mg akan dibebaskan setiap 1 jam..tapi bila sakit, badan memerlukan lebih vitamin C, jadi patahkan agar 500mg tersebut boleh diserap sekaligus dengan cepat untuk pertahanan badan dari penyakit)

Ingin mencuba dan mencari produk Kesihatan Shaklee???Jom klik di sini !

Anak Kurang Selera makan ? Ada Sembelit ? Demam ?

Anak anda kurang Selera makan, sembelit, demam teruk?

Anak anda sembelit? Kurang Selera makan? Baru pulih dari demam teruk? Beli MealShake? Apa itu MealShake dan apa kata mereka yang dah cuba...

Salam ...Saya ade terbaca blog akk mengenai produk shaklee......anak saya tidak berminat untuk makan. Hanya 1 2 suap sahaja dia akan makan selebihnye dia akan bermain2. Pelbagai vitamin dan resipi saya buat untuk membuatkan anak saya selera makan. Tapi dia lebih suka makan yang ringan2 seperti biskut, roti.. Adakah produk ini MEALSHAKE berkesan untuk membantu selera makan anak saya.

Jawapan saya: Biasanya saya akan syorkan MealShake... tapi anda kene tahu..apa itu mealshake.. apa kebaikannya.. dan apa kata mereka yang dah mencubanya..

Apa itu MealShake?
Shaklee Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik anda

Setiap bancuhan MealShake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat.Naturally good nutrition n great taste. No artificial flavor,colors,sweeteners or preservatives added..
  • a wholesome instant breakfast
  • a delicious,inexpensive meal in hurry
  • a nutrition packed meal supplement
  • a detectable snack any time
  • an ideal meal for people watching their weight or controlling total fat cholestrol and sodium

Siapa yang perlukan MealShake?

Basically,ia sesuai utk semua kanak2 terutamanya yang kurang selera mkn atau yang sembelit atau pun kanak2 obese. Juga sesuai utk sesiapa sahaja (Ibu2 mengandung,menyusu,pesakit2 dlm proses pemullihan selepas operation, mereka2 yg inginkan kulit cantik, ingin kekal sihat) .especially yang tak gemarkan supplemen dalm bentuk tablet kerana Mealshake ni datang dlm bentuk serbuk,dibancuh jd minuman yg lazat. MealShake ni juga bagus utk mereka yang ingin menambah/memantau berat badan..

Apa kata ibu2 yg dah try MealShake?

i) Pn HUsni -masalah anaknye sembelit:
Salam,
Ingat tak cerita sy pasal Akif yang sembelit? 
Lepas diintroduce meal shake,sy sgt2 nk try tuk Akif.since dalam tu ade fiber, jd boleh tlg melawaskan perut budak kecik ni.jd sy pon try,alhamdulillah,smggu lepas cuba,dh nmpak beza dia.tiap2 hr buang air besar.n bowel movement pon smooth je,perut dh x buncit (hehe,kl buncit pon sbb minum air byk). N 7oz tu mcm xckup je,sbb die suka dgn rasa vanilla meal shake tu 
Sy pulak,dulu nk minum susu punye lah susah.bila tmbah meal shake,segelas tu senafas je boleh minu (hehe..exegerate).sedaap!thanks,nnti nk beli,buat bekal puasa

ii) Pn Lia -masalah anaknye asma dan kurang selera mkn
Saya teruskan bagi Mealshake, masuk hari ke-3 Irfan dah tak demam and batuk2 asthma dia terus hilang. Irfan kembali aktif (actually aktif lagi dr biasa..hehe..) dan makan pun nak sahaja. If not, kalau dulu kena asthma attack, dah baik pun taknak makan, minum susu je. Risau Ummi tau
  
iii) Pn Cda -masalah anaknye demam panas teruk ,hampir sebulan mkn antibiotik je
...doktor beri ia antibiotik untuk anas makan selama 1 bulan..ngam 2 minggu cda tengok anas semakin kurus n tidak selera makan n minum.(kurus sampai neneknye di kampung terkejut bila melihat gambar anas yang cda MMs padanya)....kulit anas menjadi kasar...dan anas jadi sensitif...mudah menangis..tak bertenaga..dan dalam tempoh yang sama cda berhenti memberinye antibiotik dan menukarkannye dengan Meal shake..

2 hari selepas tu cda nampak perubahannye....anas dah mula ke dapur menunjuk apa saja makanan didapur..selera makannya bertambah!!! syukur.........dan dari tu juga anas semakin aktif.....tidak mudah meragam...dan sekarang selepas 1 bulan....badanya dah mula berisi...kulitnya semakin halus dan sekata.

iv) Pn Ina -masalah anaknye tak selera mkn
 Alhamdulillah. dengan milk shake+ susu, Vita lea for Children selama 1 minggu di samping kapsul minyak ikan Omega Shaklee guard... (sedap dikunyah begitusahaja)......nakkan anak anda bijak?..pastikan diet hariannye tinggi kandungan DHA..untuk perkembangan otaknya. Sekarang Aiman akan mkn nasi 3 kali seharidan selalutgh malam dia tak boleh tidur sb lapar katanya.
  
v) Pn Ayu (Customer Lia) -masalah anaknye tak selera makan
 AlhamduLILLAH, lepas 3 hari try Shaklee Mealshake,Alif dah mula menampakkan perubahan..dia dah mula mintak makan..dan makan pun takde ler tunjuk 4 jari dia tu dah..makan abes sampai dia betul2 kenyang..and takde dah makan benda2 merapu tu..dan dia mula nampak aktif, ceria dan sihat..

Jadi utk menjawab soalan Pn Ieda sama ada produk ini berkesan atau tidak.. hanya ibu2 yg boleh jawab.. saya dah berikan fakta2 dan pengalaman ibu2.... Pilihan di tangan anda.. Saya dah menemukan yg terbaik utk saya dan keluarga saya. Ingat ye..kesihatan bermula dgn nutrisi yang baik... Anda bagaimana?

        Harga retail rm113.75
        Harga yang istimewa ?...gunakan talian HOTLINE - 012 2354363 !

Wednesday, July 31, 2013

Salam Sihat dan Happy kepada semua pengunjung blogger !

Apa itu Gastrik

Sejak kebelakangan ni, semakin ramai yang menghubungi saya untuk mendapatkan konsultasi mengenai produk-produk Shaklee. Alhamdulillah, semakin ramai yang mula menyedari akan keberkesanan produk Shaklee untuk meningkatkan taraf kesihatan mereka. Ini membuatkan saya bertambah bersemangat untuk berkongsi dengan anda mengenai kehebatan produk Shaklee.

Ramai juga yang bertanyakan saya apa supplemen yang boleh membantu untuk gastrik. Jadi, untuk entry kali ni, saya akan berkongsi dengan anda semua sedikit info mengenai gastrik dan bagaimana Shaklee membantu menangani masalah ini.


Apa itu Gastrik

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Bagaimana Gastrik Terjadi

Secara mudah nya, perut kita ni umpama kipas, berlipat2..sepanjang 25cm dan mampu menampung hampir segelen air dan makanan. Bila perut kosong, tisu perut tadi berlipat2, dan akan mengembang bila ada makanan atau minuman masuk. Disinilah makanan dan minuman akan diproses dan disimpan sebelum dikumuh melalui usus. Ketika proses pencernaan berlaku, kelenjar pada dinding perut akan merembeskan jus gastrik, enzim dan asid perut utk bantu pencernaan..dan antara asid yang dirembes ialah asid hidroklorik. Asid ni seperti yang kita maklum bersifat menghakis dan jika tidak ada keseimbangan keasidan dalam perut, boleh sebabkan radang yang lebih teruk.

Punca Lain Terjadinya Gastrik

  • Peminum arak (arak ni bersifat asid) 
  • Perokok 
  • Makan dengan berlebihan 
  • Makan makanan yang terlalu pedas 
  • Sering guna ubat penahan sakit (pain killer) 
  • Jangkitan 
  • Skipping meals 
  • Stress

Symptom Pesakit Gastrik 

  • Tiada selera makan 
  • Upset Stomach - tidak hadam dengan baik 
  • Perut memulas - bila makan bertambah sakit 
  • Muntah-rasa loya 
  • Cirit birit - najis berwarna hitam 
  • Lemah, demam 
  • Kembung perut-sakit dada 
  • Pedih ulu hati

Cara Merawat dan Menangani Gastrik

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya:

  • Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol 
  • Hentikan pengambilan ubat tahan sakit 
  • Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur 
  • Makan sedikit-sedikit tetapi kerap 
  • Kurangkan makanan berempah, bercili, masam 
  • Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat) 
  • Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
Selain itu, terdapat juga individu yang terpaksa bergantung kepada ubat bagi mengurangkan ketidakselesaan masalah gastrik ini. Namun yang demikian, seperti yang kita semua sedia maklum, pengambilan ubat-ubatan secara terus-terusan tidak digalakkan kerana ianya mungkin boleh membawa kepada kemudaratan di lain hari.

Cadangan Supplemen Shaklee untuk Merawat Gastrik 

1) Energizing Soy Protein - ESP

ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.


Selain ESP, anda juga mengambil tambahan supplemen Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus untuk merawat masalah gastrik. 

2) Ostematrix 


Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.

3) Peppermint Ginger Plus


Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Testimoni 


Sekiranya anda sudah lama menderita penyakit gastrik, berilah peluang kepada diri anda untuk menikmati mutu dan tahap kesihatan yang lebih baik dengan rangkaian produk Shaklee.
Vitamin Shaklee semuanya dihasilkan dari sumber-sumber semulajadi. Tak salah untuk mencuba kan. Takkan nak biarkan sampai melarat pula. Renung-renungkan yer.....

***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau tempah
an...gunakan talian HOTLINE !